Tanda-Tanda Dan Penyakit : Pena Hijau

Tanda-Tanda Dan Penyakit

tenaga batin
Petua Tenaga Batin
3 Mar 2022
ANE 20220801 introvert
Personaliti Introvert
1 Aug 2022
tenaga batin
Petua Tenaga Batin
3 Mar 2022
ANE 20220801 introvert
Personaliti Introvert
1 Aug 2022
tanda-tanda penyakit
icon follow us

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan selalunya berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Berikut adalah antara tanda-tanda untuk kita menilai sejauh mana kesihatan diri kita sebagai rujukan. Walau bagaimanapun, kalau ada masalah berkaitan kesihatan tubuh badan kita, cepat-cepat lah ke klinik atau hospital berdekatan.

  1. MATA. Mata bertindak balas dengan keadaan hati.
    • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
    • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
    • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
    • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
    • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
  2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
    • Selsema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
    • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
    • Bersin
      • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
      • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  3. BATUK
    • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
    • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
  4. KERONGKONG
    • Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
    • Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
  5. BIBIR. Bibir berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
    • Bibir pucat
      • Sistem penghadaman yang lemah.
      • Perut mengandungi angin.
      • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
    • Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.
  6. MULUT DAN LIDAH. Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
    • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
    • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
    • Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
  7. TELINGA: Telinga berkaitan dengan buah pinggang.
    • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
    • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
  8. KULIT BERPELUH
    • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
    • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
  9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
  10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
  11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
  12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
  13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
    • Sakit sendi
      • Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
      • Tidak rasa panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
      • Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
    • Kebas tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
    • Kebas tangan kiri dan lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
    • Kebas kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
    • Sakit tapak kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
    • Sakit tumit kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
    • Rasa panas di tapak kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
    • Gatal di celah-celah jari kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
  14. TANDA-TANDA DALAMAN
    • Kepala : Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
    • Pening/sakit di bahagian depan kepala : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
    • Pening/sakit di bahagian belakang kepala :
      • Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
      • Bahagian bawah (tengkuk) : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah
    • Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga : Menandakan penyakit migrain.
    • Bisul terjadi di kepala : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
    • Rasa pening yang memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
  15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
    • Loya/muntah : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
    • Muntah darah
      • Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
      • Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
  16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
  18. KENCING
    • Kencing kerap : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
    • Air kencing berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
    • Air kencing berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
    • Air kencing pekat berwarna coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
    • Air kencing berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
  19. BUANG AIR BESAR
    • Cirit-birit/kerap buang air besar : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
    • Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
    • Najis berdarah
      • Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
      • Darah hitam : Masalah penyakit ulser perut.
    • Najis berwarna hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku
  20. BADAN
    • Rasa sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah
      • Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
      • Sakit sengal : Menandakan luka di dalam badan.
      • Sakit menyentap : Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
      • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
    • Badan terasa berat/malas/lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
    • Badan terasa panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
    • Badan terasa ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
  21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
  22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
  23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
  24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
    • Sistem jantung yang lemah.
    • Sistem saraf otak yang lemah.
    • Masalah pengaliran darah.
  25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

 

Sumber :

Rusnani Omar (Nov 2008). Tanda-Tanda Sakit. Risalah Kesihatan Bulan November 2008, Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Perlis.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Tanda-Tanda Dan Penyakit
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more