Personaliti Introvert : Pena Hijau
tanda-tanda penyakit
Tanda-Tanda Dan Penyakit
5 Mar 2022
ANE 20230703 penyakit buag pinggang kronik ckd
Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
3 Jul 2023
tanda-tanda penyakit
Tanda-Tanda Dan Penyakit
5 Mar 2022
ANE 20230703 penyakit buag pinggang kronik ckd
Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
3 Jul 2023
ANE 20220801 introvert
icon follow us

Apa Itu Introvert?

Introvert ialah seseorang yang mempunyai kualiti personaliti yang dikenali sebagai introversi, yang bermaksud bahawa mereka berasa lebih selesa memfokuskan pada pemikiran dan idea dalaman mereka, berbanding apa yang berlaku secara luaran. Mereka menikmati menghabiskan masa dengan hanya satu atau dua orang, bukannya kumpulan besar atau orang ramai.

Apabila kita mendengar perkataan introvert, kita mungkin terfikir tentang individu yang pemalu atau pendiam dan lebih suka menyendiri. Walaupun itu mungkin benar untuk sesetengah introvert, namun terdapat lebih banyak lagi jenis personaliti ini. Sama ada kita seorang introvert atau ekstrovert, semuanya bergantung pada cara kita memproses dunia di sekeliling kita.

Seorang ahli psikologi bernama Carl Jung mula menggunakan istilah introvert dan extrovert (kadangkala dieja extravert) pada tahun 1920-an. Kedua-dua jenis personaliti ini menyusun orang mengikut cara mereka mendapatkan atau menghabiskan tenaga mereka. Menurut Jung, individu introvert beralih kepada fikiran mereka sendiri untuk mengisi semula tenaga, manakala individu ekstrovert mencari orang lain untuk keperluan tenaga mereka.

Tanda-Tanda Individu Introvert

Secara umum, tanda-tanda seseorang itu introvert adalah :

  • Perlu tenang untuk menumpukan perhatian
  • Bersifat reflektif
  • Sedar diri
  • Ambil masa membuat keputusan
  • Rasa selesa bersendirian
  • Tidak suka kerja berkumpulan
  • Lebih suka menulis daripada bercakap
  • Terasa letih selepas berada dalam khalayak ramai
  • Mempunyai sedikit persahabatan, tetapi sangat rapat dengan rakan-rakan ini
  • Berkhayal atau gunakan imaginasi mereka untuk menyelesaikan masalah
  • Beralih ke dalam fikiran mereka sendiri untuk berehat

Satu cara untuk mengetahui sama ada anda seorang introvert atau tidak adalah dengan mengambil ujian, seperti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) atau projek SAPA.

Punca Introversi

Para saintis tidak mengetahui dengan pasti sama ada terdapat sebab untuk introversi atau ekstroversi. Apa yang mereka tahu ialah otak kedua-dua jenis personaliti itu berfungsi sedikit berbeza antara satu sama lain. Penyelidik telah mendapati bahawa introvert mempunyai aliran darah yang lebih tinggi ke lobus hadapan mereka berbanding ekstrovert. Bahagian otak ini membantu anda mengingati sesuatu, menyelesaikan masalah dan merancang lebih awal.

Otak introvert juga bertindak balas secara berbeza terhadap dopamin berbanding otak ekstrovert. Dopamin atau 3,4-dihydroxyphenethylamine adalah adalah kimia organik dalam kelompok katecolamin dan fenetilamin yang memainkan beberapa peranan penting sebagai hormon dan neurotransmitter di dalam otak dan badan. Dopamin berfungsi sebagai menghidupkan bahagian otak anda yang mencari ganjaran dan keseronokan. Orang introvert dan ekstrovert mempunyai jumlah dopamin yang sama, tetapi otak individu ekstrovert mendapat buzz teruja dari pusat ganjaran mereka. Introvert, sebaliknya, cenderung hanya berasa kecewa dengannya.

Pengarah Saintifik The Imagination Institute, Scott Barry Kaufman menerangkan perbezaan aktiviti antara otak ekstrovert dan otak introvert.

Jenis-jenis Introvert

Satu kajian menunjukkan bahawa terdapat 4 jenis individu introvert

  1. Introvert sosial.
    Individu introvert sosial ini lebih suka kepada kumpulan kecil (3-4 orang) dan tenang berbanding orang ramai. Mereka lebih gemar bersendirian dan lain-lain lagi stereotaip Introvert. Mereka bukan pemalu atau pendiam, tetapi memang gemar bersendirian dan mereka tak ada masalah untuk keluar berjalan berseorangan, pergi ke mall seorang diri atau keluar makan tanpa kawan. Mereka senang begitu.
  2. Introvert berfikir.
    Individu jenis ini seorang yang suka berfikir, berimaginasi dan menganalisa sesuatu. Mereka lebih seronok menggerakkan idea di pemikiran (thought) mereka, berbanding bersuara (voice). Kekuatan mereka pada idea, penulisan, data dan pemikiran. Idea yang dihasilkan oleh mereka berlainan daripada kebiasaan dan seringkali mampu membuat orang lain terpaku/terkelu/sentap. Pendek kata, mereka ini melihat dunia dengan cara tersendiri, menghadam informasi yang ada dan melahirkannya semula dalam bentuk yang berlainan. Kebiasaanya dapat dikenalpasti apabila berseorangan atau dengan orang, mereka banyak diam diri tetapi ekspresi muka terpancar gaya sedang berfikir dan menganalisa. Mereka menghabiskan banyak masa dalam pemikiran mereka dan cenderung mempunyai imaginasi yang kreatif.
  3. Introvert cemas.
    Mereka mencari masa bersendirian bukan hanya kerana mereka menyukainya, tetapi juga kerana mereka sering berasa janggal atau malu di sekeliling orang. Mereka inilah golongan Introvert yang kita selalu sebut sebagai pemalu, tak pandai bersosial, pendiam dan sebagainya. Jangan tertukar dengan Introvert Sosial yang memilih untuk tak bergaul, kerana Introvert Gementar ini sememangnya tak pandai berbicara dengan ramai orang. Sebab itulah buku, filem, TV dan lain-lain adalah kawan baik mereka. Namun kehebatan mereka, apabila sudah ada kenalan yang rapat, mereka akan sangat menjaga hubungan tersebut dan menghargai persahabatan yang dibina. Mereka fokus pada kualiti persahabatan dan bukannya kuantiti persahabatan.
  4. Introvert terkawal/terhalang/tenang.
    Mereka bersifat ‘pasif’ dan ‘tenang’. Mereka mempunyai kesabaran dan ketenangan yang tinggi. Mereka berfikir sebelum meraka bertindak. Mereka tidak mungkin membuat keputusan secara sesuka hati. Mereka ini, bukan jenis spontan, kelam-kabut atau “exploding” seperti sesetengah orang extrovert. Mereka lebih seperti batu yang kekal pada tapaknya tanpa beralih. Golongan ini sangat sesuai menjadi ketua, kerana kematangan mereka dalam setiap tindakan (yang datang dengan berfikir dahulu).

Cara introvert seseorang mungkin berubah dari semasa ke semasa dan dalam keadaan yang berbeza juga bergantung kepada apa yang berlaku dalam hidup seseorang introvert.

Introversi Dan Malu

Ramai orang menganggap introvert sebagai pemalu, tetapi kedua-duanya saling tidak berkaitan. Introversi adalah jenis personaliti manakala rasa malu adalah emosi.

Orang yang pemalu cenderung berasa janggal atau tidak selesa apabila mereka berada dalam situasi sosial, terutamanya apabila mereka berada di sekeliling orang yang tidak dikenali. Mereka mungkin berasa sangat gementar, mereka menjadi berpeluh. Jantung mereka mungkin berdegup lebih cepat dan mereka mungkin mengalami sakit perut. Mereka mungkin cenderung untuk mengelak acara sosial kerana mereka tidak suka perasaan negatif yang bermain di fikiran dan badan mereka apabila mereka perlu pergi ke parti atau aktiviti lain.

Orang yang introvert juga lebih suka mengelak acara sosial kerana mereka berasa lebih bertenaga atau selesa melakukan sesuatu sendiri atau dengan satu atau dua orang lain. Introvert tidak memilih untuk mengelak acara sosial kerana mereka mempunyai reaksi negatif yang kuat terhadap perhimpunan yang lebih besar seperti yang dilakukan oleh orang pemalu; mereka lebih suka bersendirian atau dalam kumpulan yang sangat kecil.

Mitos Mengenai Introvert

Satu mitos umum tentang introvert ialah mereka pemalu. Sesetengah introvert mungkin malu, tetapi ini tidak berlaku untuk semua introvert. Mitos lain seperti :

  • Introvert tidak mesra.
    Individu introvert tidak bermakna mereka seorang yang tidak mesra atau unfriendly. Mereka tidak cenderung mempunyai kumpulan kawan yang ramai, tetapi lebih kepada kawan yang berkualiti.
  • Introvert tidak boleh menjadi pemimpin.
    Mungkin ramai membayangkan seorang pemimpin itu memiliki personaliti ekstrovert. Namun, individu introvert juga mempunyai kemahiran untuk menjadi bos dan pemimpin. Sesetengah kualiti mereka menjadikan mereka pemimpin yang berkesan seperti mereka mendengar idea pekerja mereka, mereka boleh kekal fokus pada matlamat jangka panjang dan mereka mungkin kelihatan kurang mengancam, jadi orang mungkin menerima mereka dalam peranan mereka.
  • Sukar untuk mengenali introvert.
    Individu introvert lebih suka mempunyai persahabatan yang mendalam dengan hanya segelintir orang. Mereka mungkin tidak terbuka kepada semua orang tetapi orang yang rapat dengan mereka mengenali mereka dengan baik dan membina persahabatan yang sebenar dengan mereka.

Antara Individu Berpersonaliti Introvert

  1. Albert Einstein. Ahli Fizik terkenal dengan teori relatif. Pemenang Hadiah Nobel tahun 1921 dalam fizik.
  2. Bill Gates. Pengasas Microsoft.
  3. J.K. Rowling. Penulis novel Harry Potter.
  4. Warren Buffett. Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway.
  5. Eleanor Roosevelt. Isteri kepada Presiden Amerika yang ke-32, Franklin Roosevelt.
  6. Meryl Streep. Pelakon
  7. Rosa Parks. Aktivis Amerika.
  8. Steven Spielberg. Pengarah filem.
  9. Abraham Lincoln. Presiden Amerika ke-16.
  10. Mahatma Gandhi. Pemimpin dan tokoh politik India.
  11. Elon Musk. Usahawan, pelabur dan jurutera.
  12. Audrey Hepburn. Pelakon dan dermawan British.
  13. Mark Zuckerberg. CEO Facebook.
  14. Michael Jordan. Bekas pemain bola keranjang.
  15. Steve Wozniak. Jurutera komputer yang juga pengasas Apple bersama Steve Jobs.
  16. Christina Aguileras. Penyanyi.
  17. Emma Watson. Pelakon dalam siri Harry Potter yang memegang peranan sebagai Hermione Granger.
  18. Sir Isaac Newton. Ahli fizik yang menerangkan tentang daya tarikan graviti.
  19. Larry Page. Ahli sains komputer yang mengasaskan Google bersama Sergey Brin.
  20. Charles Darwin. Naturalis British yang terkenal dengan teori KARUT evolusi.
  21. Dr. Seuss. Penulis buku kanak-kanak.
  22. Frederic Chopin. Komposer dan pemain piano dari Perancis.
  23. Barack Obama. Presiden Amerika ke-44.
  24. Laura Bush. Isteri kepada George W. Bush, presiden Amerika ke-43.
  25. Roy Rogers. Penyanyi dan pelakon koboi Amerika.
  26. Elton John. Penyanyi, penggubah lagu, penulis senikata dan pemain piano dari England.
  27. Lady Gaga. Penyanyi.

Mengenal pasti seseorang itu Introvert yang mana satu itu penting, supaya kita tak terjerumus pada stereotaip Introvert. Kerana bukan semua Introvert itu pendiam, Bukan semua Introvert itu pemalu. Bukan semua Introvert itu suka bersendirian. Adakah anda seorang introvert, extrovert atau ambivert?

Rujukan :

  1. Ellis, R. R. (24 Jun 2020). Signs of an introvert personality: Types, traits & characteristics. WebMD. Dimuat turun dari https://www.webmd.com/balance/introvert-personality-overview
  2. Granneman, J. (21 Dis 2015). Why introverts and extroverts are different: The science. Quiet. Dimuat turun dari https://quietrev.com/why-introverts-and-extroverts-are-different-the-science/
  3. Aiman Amri. (26 Mac 2018). 4 jenis introvert – anda yang mana satu?. Aiman Psikologi. Dimuat turun dari https://aimanpsikologi.com/4-jenis-introvert/
  4. Pangilinan, J. (28 September 2021). Famous introverts: 27 successful people who are also introverted. Happier Human. Dimuat turun dari https://www.happierhuman.com/famous-introverts/
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Personaliti Introvert
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more