Aplikasi Selawat : Pena Hijau

Aplikasi Selawat

payment gateway
Payment Gateway Terbaik di Malaysia Sepanjang 2021
15 Dec 2021
ANE 20230411 drawio diagramsnet
Draw.io – Perisian Merekabentuk Gambar Rajah Percuma
11 Apr 2023
payment gateway
Payment Gateway Terbaik di Malaysia Sepanjang 2021
15 Dec 2021
ANE 20230411 drawio diagramsnet
Draw.io – Perisian Merekabentuk Gambar Rajah Percuma
11 Apr 2023
aplikasi selawat
icon follow us

Aplikasi Selawat – dibangunkan untuk membantu anda merekod dan melihat prestasi selawat harian anda melalui antaramuka aplikasi yang moden, bagi mencapai dan mengekalkan objektif utama iaitu untuk berselawat kepada Rasulullah sekurang-kurangnya 1000 kali sehari.

Bismillah. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Salah satu sebab mengapa saya suka mengikuti video pengajian Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli adalah kerana Syeikh sering menyelangi ucapannya dengan selawat di dalam penyampaian kuliahnya.

Suatu masa ketika saya mendengar kuliah Syeikh secara live di FB, beliau telah menyampaikan satu amanat kepada anak muridnya yang  lebih kurang berbunyi begini : “Ustaz nak semua anak murid ustaz selawat kepada Nabi sekurang-kurangnya 1000 kali setiap hari. Selebihnya itu adalah antara kamu dengan Nabi”.

Saya terkagum dengan amanat tersebut dan terus terlintas di fikiran saya ketika itu. Jika saya adalah anak murid ustaz, mampukah saya memenuhi amanat tersebut dengan keadaan saya berkerja setiap hari dan pada masa yang sama sibuk dengan urusan-urusan dunia yang lain? Hakikatnya saya memang tidak pernah meletakkan sebarang target apatah lagi untu membawa tasbih setiap masa untuk saya kira bagi mencapai target tersebut. Lalu saya pun ambil amanat tersebut sebagai cabaran kepada diri saya walaupun saya bukanlah anak murid dalam erti kata yang ‘berlaga lutut’ menuntut ilmu dengan Sheikh.

Untuk melaksanakan cabaran ini, pertama sekali yang saya perlukan adalah alat yang boleh membantu saya mengira bagi menggantikan tasbih, dan yang kerap ada bersama saya iaitu telefon bimbit. Solutionnya mudah, saya hanya perlu mencari dan memuat turun aplikasi ‘counter’ untuk saya gunakan. Saya dapati aplikasi yang saya ‘terplilih’ adalah sebuah aplikasi ringkas buatan orang China. Harapnya tiada kebocoran data daripada aplikasi tersebut seperti sesetengah aplikasi percuma, termasuk aplikasi Islamik percuma di luar sana.

Alhamdulillah dengan izin Allah tanpa saya sangka cabaran ini berjaya saya penuhi, bermula dengan hanya menetapkan satu target; di dalam kes ini adalah 1000 selawat setiap hari. Jumlah ini dapat saya capai dalam tempoh antara 15 ke 20 minit di dalam kenderaan semasa trafik sesak ke pejabat. Saya hanya perlu korbankan masa mendengar radio sahaja.

Malangnya motivasi saya untuk konsisten mencapai target tersebut hilang hanya selepas selang seminggu lebih. Walaupun saya mampu mencapai 1000 kali berselawat setiap hari tetapi saya tidak dapat istiqomah. Ada kalanya jumlah tidak mencapai 1000 dan di masa lain pula saya terlupa kerana sibuk dengan tugasan lain.

Saya fikir saya perlu lakukan sesuatu selain meletakkan target untuk saya terus istiqomah. Saya juga perlu dimotivasikan dan diingatkan dari masa ke semasa untuk berselawat terutamanya tatkala saya leka. Dari situ timbullah niat untuk saya gantikan aplikasi ‘counter’ di telefon saya dengan aplikasi yang lebih baik, yang memenuhi keperluan dan citarasa saya.

Penyelesaiannya? Saya hanya perlu luangkan sedikit masa saya di malam hari selama beberapa ketika untuk saya bina sendiri aplikasi Selawat saya. Saya pasti daripada aplikasi ini keperluan saya pasti tercapai. Malah saya juga boleh kongsikannya bersama dengan orang yang lain. Aplikasi yang meletakkan objektif 1000 kali selawat setiap hari, mempunyai pemantauan prestasi untuk memastikan saya terus konsisten dan bermotivasi serta dilengkapi ciri notifikasi untuk mengingatkan saya untuk berselawat dari masa ke semasa.

Maka sempena hari Jumaat yang digalakkan perbanyakan selawat dan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, saya kongsikan kepada semua Aplikasi Selawat yang saya bangunkan secara percuma tanpa iklan, tanpa penyalahgunaan data pengguna dan buatan Malaysia daripada seorang muslim. Moga-moga dengan adanya aplikasi ini akan dapat merezekikan anda dan saya konsisten mencapai target minimum selawat 1000 kali setiap hari dan seterusnya kita mendapat syafaat Rasulullah di akhirat nanti insyaAllah.

Pautan Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.faridiqbal.selawat

Ciri-ciri aplikasi :

  • Antaramuka moden dan menarik
  • Kaedah ‘Selawat Swipe’ dan ‘Selawat Tap’ untuk merekodkan jumlah selawat
  • Pemantauan Prestasi untuk mengekalkan motivasi berselawat 1000 kali
  • Mod getaran untuk setiap kiraan selawat (Pengguna perlu mengaktifkan features Haptic Feedback di dalam Setting Android)
  • Notifikasi peringatan untuk berselawat sepanjang hari
  • Warna tema Mod Cerah dan Mod Gelap
  • Percuma tanpa iklan!

Sebarang pandangan dan cadangan adalah dialu-alukan.

Farid iqbal ibrahim
6 Ramadhan 1443H

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Aplikasi Selawat
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more