Episod Akhir Ramadhan : Pena Hijau

Episod Akhir Ramadhan

malam lailatul qadar
Lailatul Qadar Dicari, Keampunan Allah Diperolehi
22 Apr 2022
tazkirah ramadhan masjid muhammad ahmadi
Senarai Video Tazkirah Ramadhan 1443H Di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng
30 Apr 2022
malam lailatul qadar
Lailatul Qadar Dicari, Keampunan Allah Diperolehi
22 Apr 2022
tazkirah ramadhan masjid muhammad ahmadi
Senarai Video Tazkirah Ramadhan 1443H Di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng
30 Apr 2022
persediaan ramadhan
icon follow us

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Maka akan bergemalah takbir hari raya sebagai tanda kemengangan seluruh umat Islam.

Menjadi kebiasaan pada episod akhir Ramadhan, ramai umat Islam tidak menghiraukan tentang kelebihan Ramadhan, semangat melakukan ibadah menjadi semakin lemah, bilangan saf solat terawih semakin berkurang dan suasana di masjid, surau menjadi suram tidak sepertimana pada awalnya.

Ini kerana umat Islam lebih seronok dan banyak masa dihabiskan untuk persiapan hari raya. Anugerah Lailatul Qadar yang dijanjikan melebihi 1000 bulan seolah-olah menjadi tidak berharga dan tidak ada nilai.

Perlu kita sedari bahawa Ramadhan masih belum berakhir. Sewajarnya kita mengambil contoh daripada para sahabat dan salafus soleh apabila semakin dekat dengan penghujung Ramadhan, mereka semakin bersungguh melakukan amal ibadah sama ada solat, beriktikaf, membaca Al-QUran, bersedekah dan memperbanyakkan berdoa. Sambil menitiskan air mata kesedihan, mereka mengungkap doa-doa yang menzahirkan kerinduan agar dapa bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun berikutnya.

Bagi kaum Muslimin yang benar-benar menghayati dan memanfaatkan kedatangan Ramadhan pada tahun ini dengan melaksanakan pelbagai ibadah wajib dan sunat sudah tentu akan merasa kesedihan dan penuh pengharapan. Sedih kerana terpaksa berpisah dengan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Manakala harapan pula agar segala amal ibadat diterima Allah, diampunkan segala dosa, dikembalikan kepada fitrah dan dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Jesteru itu, sebelum tetamu agung ini meninggalkan kita, setiap muslim sewajarnya bermuhasabah dan menilai diri masing-masing terhadap ibadah puasa yang dilaksanakan. Apakah ibadah puasa kali ini benar-benar mencapai matlamat ditetapkan Allah iaitu untuk menjadi insan yang bertakwa? Dan adakah kita benar-benar bersungguh merebut tawaran istimewa Lailatul Qadar? Sesungguhnya Ramadhan adalah peluang sekali dalam setahun untuk meraih keuntungan besar daripda Allah SWT lebih-lebih lagi disepuluh malam terakhir Ramadhan ini. Insya Allah jika kita bersungguh-sungguh berbuat amal ibadah, nescaya kita akan dikurniakan malam al-Qadar yang merupakan anugerah dan rahmat Allah yang dikhususkan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, marilah kita perbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah, agar kita tidak termasuk di kalangan orang yang disebut oleh Rasulullah SAW yang bermaksud

“Amatlah rugi seseorang yang sempat berada di bulan Ramadhan kemudian berakhirnya Ramadhan tanpa diampunkan dosanya”.

(HR At-Tarmizi)

Saat kita semua yang bakal keluar dari madrasah Ramadhan ini, diharapkan hati dan jiwa kita akan berjaya ditarbiahkan dan sekaligus menjadi suci dan bersih dari segala dosa dan sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah. Sejajar dengan harapan itu, jangan kita lupa untuk menghiasi puasa kita dengan menunaikan kewajipan zakat fitrah. Ibn Abas RA meriwayatkan

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaat dan kata-kata yang kotor serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.

(HR Abu Daud)

Selain daripada zakat fitrah, kita perlu ambil maklum zakat harta juga sama kewajipannya dengan zakat fitrah untuk dikeluarkan setelah cukup syarat-syaratnya. Sesungguhnya orang yang tidak mahu membayar zakat padahal dia mampu untuk berbuat demikian, maka mereka akan diazab di akhirat nanti sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 180

وَلَا يَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ هُوَ خَيْرًا لَّهُم ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَّهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا۟ بِهِۦ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?”

Akhir kalam, marilah sama-sama kita lakukan pecutan terakhir Ramadhan dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut :

  1. Hendaklah kita menyakini segala balasan baik telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh
  2. Umat Islam dinasihatkan agar tidak lalai dengan kesibukan membuat persiapan hari raya hingga lupa untuk mempertingkatkan amal soleh dan merebut ganjaran Lailatul Qadar melebihi 1000 bulan
  3. Umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah dan zakat harta serta meneruskan amalan bersedekah demi mendapatkan ganjaran yang besar daripada Allah SWT.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Episod Akhir Ramadhan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more