Pencolekan Bekas Budak MARA 2022 : Pena Hijau

Pencolekan Bekas Budak MARA 2022

alya vaksinasi covid19
Pengalaman Pertama Alya Vaksinasi Covid19
15 Apr 2022
adik raudah
Moga Diberi Kesembuhan Buat Adik Raudhatus Solehah
28 Apr 2022
Mencolek

Setelah dua tahun tak ada sesi colek mencolek di bulan Ramadhan, akhirnya tahun ni geng ANSARA QBer berpeluang mengadakan mini gathering “mencolek” sempena Ramadhan 1443H.

Memang jadi kebiasaan rakyat di negeri Kelantan, bila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak, tak kira restoran, kedai makan hatta gerai-gerai menyediakan juadah colek seperti colek ayam, colek buah, kerang, ikan dan macam-macam lagi pada setiap malam.

Port mini gathering mencolek tahun ni di Kedai Makan Kak Ani Kantin Bomba, Jalan Long Yunus, Kota Bharu.

Mencolek Mencolek

Cumanya tahun ni, memang terasa kehilangan sorang ahli yang dah kembali ke rahmatullah pada Oktober 2021, Allahyarham Mohd Asraf Asmawi aka Acap. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Amiin.

Dalam kesempatan perjumpaan kali ni, dapat jugak merasa air TuWakJaki, satu produk keluaran seorang sahabat MRSM. Sedap. Rasanya asli berbeza dengan yang ada di pasaran. Mana-mana yang berminat nak rasa nikmat air nira kelapa asli boleh hubungi sahabat ni Wak Jaki 013-927 5721.

Tuwakjaki Tuwakjaki Tuwakjaki

Moga ada kesempatan untuk gathering lagi.. Terima kasih tokey GM Copier sebab belanja makan colek kali ni. Moga murah rezeki.

 

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Login

Lost your password?

Create an account?

close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ