Penglibatan Pertama Alya Dalam Pertandingan Membaca
8 Apr 2022Pencolekan Bekas Budak MARA 2022
16 Apr 202212 Ramadhan 1443 / 14 April 2022, Alya telah pun mendapatkan suntikan vaksinasi COVID19 di Klinik ‘Afiya, Kg Kota. Kalau ikutkan jadual sepatutnya sebelum puasa lagi. Tapi disebabkan kekangan tertentu, terpaksa ditangguhkan beberapa kali. Rasanya ni kali ketiga kalau tak silap. Alhamdulillah.. selain sebab nak menguatkan sistem imunisasi melawan COVID19, Alya perlu dapatkan juga suntikan vaksinasi kerana Arab Saudi dah pun benarkan kanak-kanak mengerjakan umrah dengan syarat lengkap vaksinasi. Suntikan kedua dalam bulan Jun nanti. Harapnya kami sekeluarga berpeluang ke Mekah bagi mengerjakan umrah pada tahun ni.