Anugerah Ilahi Untuk Orang Yang Beriman : Pena Hijau

Anugerah Ilahi Untuk Orang Yang Beriman

ANE 20101116 sabar
Hikmah Sabar Di Sebalik Musibah
24 Nov 2022
zakat
Melunaskan Zakat Harta Di Akhir Tahun
8 Dec 2022
tafakkur

Memilih jalan beriman adalah pilihan paling tepat yang pernah dibuat dalam hidup seorang manusia. Keuntungan dari pilihan ini adalah amat luar biasa. Sebaliknya kekufuran dan kesyirikan pula adalah musibah yang paling besar angkara bahananya dan pilihan hidup yang paling merugikan.

Orang yang beriman mendapat anugerah Ilahi tanpa henti dan terlalu banyak untuk dihitung. Antara kurniaan yang diperolehi oleh orang yang beriman ialah seperti berikut:

1. Hidup di bawah wilayah naungan Allah SWT

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 257 :

ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَوْلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٢٥٧

“Allah Pelindung kepada orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”

2. Meraih redha dan nikmat syurga Allah SWT

Allah berfirman dalam Surah al-Taubah ayat 72 :

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةًۭ فِى جَنَّـٰتِ عَدْنٍۢ ۚ وَرِضْوَٰنٌۭ مِّنَ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ ٧٢

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga yang mengalir di bawahnya anak sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga ‘Adn”, dan keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar”

3. Mendapat pembelaan dari Allah SWT

Allah berfirman dalam Surah al-Hajj ayat 38 :

۞ إِنَّ ٱللَّهَ يُدَٰفِعُ عَنِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍۢ كَفُورٍ ٣٨

“Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur”

4. Memperolehi bantuan dan kemenangan dari Allah SWT

Allah berfirman dalam Surah al-Ghafir ayat 51 :

إِنَّا لَنَنصُرُ رُسُلَنَا وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ ٱلْأَشْهَـٰدُ ٥١

“Sesungguhnya Kami tetap menolong Rasul-rasul Kami dan orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi”

5. Dilimpahi cinta dan kasih sayang Allah SWT.

Allah berfirman dalam Surah Maryam ayat 96 :

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحْمَـٰنُ وُدًّۭا ٩٦

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, tuhan yang maha pengasih akan menanamkan bagi mereka perasaan kasih sayang”

6. Kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat

Allah berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 97 :

مَنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌۭ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةًۭ طَيِّبَةًۭ ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ٩٧

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”

7. Diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT

Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 9 :

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ يَهْدِيهِمْ رَبُّهُم بِإِيمَـٰنِهِمْ ۖ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ ٱلْأَنْهَـٰرُ فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ ٩

“Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka. Mengalir sungai-sungai di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat”

Semua yang tersebut di atas adalah sebahagian dari anugerah Ilahi atau kurniaan Allah SWT yang pasti kepada orang yang beriman. Ianya terlalu istimewa untuk urusan kehidupan dan agama, di dunia dan di akhirat. Justeru hargailah nikmat iman yang kita miliki, hidup dan suburkannya dengan amalan soleh agar sentiasa mekar dedaun rimbunannya, semerbak wangian bau bungaannya, ranum buahan dan cantik menarik mewarnai kehidupan alam semesta.

وَٱلْمُؤْمِنُونَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍۢ ۚ يَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ ٱللَّهُ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌۭ ٧١

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

(Surah At-Taubah: 71)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Comments are closed.