Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah Tahun 2023 : Pena Hijau

Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah Tahun 2023

20220707 hari arafah
Senarai Barang Kelengkapan Umrah
12 Jan 2023
ANE 20180814 simulasi haji
Makluman Kepada Ahli Keluarga & Sahabat Handai
26 Jan 2023
20220707 hari arafah
Senarai Barang Kelengkapan Umrah
12 Jan 2023
ANE 20180814 simulasi haji
Makluman Kepada Ahli Keluarga & Sahabat Handai
26 Jan 2023
umrah
icon follow us

Umrah dari segi bahasa ialah ziarah, manakala dari segi istilah yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tawaf di Baitullah, dan saie di antara Safa dan Marwah dengan ihram (Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 30/314). Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan umrah adalah wajib atau fardu bagi orang yang belum melaksanakan sementara dia mampu untuk melaksanakannya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 196 :

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

“Dan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”

Inilah pendapat yang sahih dari mazhab Imam Al-Syafie, namun sebahagian ulama seperti Imam Malik dan Imam Abu Hanifah yang mengatakan bahawa ibadah umrah itu hukumnya sunat mu’akkad pada umrah yang pertama (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 30/ 315).

Sebelum pergi menunaikan ibadah umrah, banyak yang perlu disediakan dan dilakukan oleh para jemaah. Antara yang perlu dititikberatkan adalah :

1. Mengikuti kursus umrah

Perkara paling utama sebelum menunaikan umrah adalah mengikuti kursus umrah sama ada secara bersemuka atau secara atas talian. Dengan mengikuti kursus umrah, kita dapat menambahkan lagi pemahaman kita selain daripada membaca buku. Boleh rujuk link https://biolinks.my/kursus-umrah-online untuk mengikuti kursus umrah 1444H yang disediakan oleh pihak Andalusia.

Jika perlukan bahan bacaan tambahan selain yang disediakan oleh pihak agensi umrah, boleh klik gambar untuk dapatkan buku berikut.

 

2. Persiapan dokumen

Pastikan passport antarabangsa sah tempoh laku tidak kurang dari enam (6) bulan dari tarikh penerbangan. Sediakan juga empat (4) keping gambar berwarna bersaiz 6×4 cm dengan latar belakang putih, sijil vaksinasi dan suntikan Meningococcal Meningitis. Bagi yang pergi dengan keluarga, kebiasaannya pihak agensi umrah akan meminta sijil nikah, surat beranak dan lain-lain dokumen berkaitan.

Bagi memudahkan permohonan visa haji dan umrah, Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan satu aplikasi biometrik “Saudi Visa Bio” yang membolehkan permohonan visa haji dan umrah dilakukan melalui telefon pintar tanpa mengunjungi pusat pengeluaran visa. Apabila jemaah haji dan umrah tiba di Arab Saudi, mereka hanya perlu memadankan data mereka tanpa perlu mendaftar semula data biometrik dan ini akan memudahkan proses kemasukan jemaah melalui mana-mana pintu masuk.

Cumanya, untuk membuat permohonan visa melalui aplikasi ni perlukan kesabaran yang tinggi terutamanya bila nak ambil gambar kesepuluh jari tangan. HaHaHaHa…

ANE 20230117 saudi visa bio

 

3. Jaga kesihatan fizikal dan mental

Ibadah umrah merupakan ibadah berbentuk fizikal kerana banyak tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti ketika berada di tanah haram. Oleh itu, banyakkan bersenam untuk meningkatkan stamina badan dan mengelakkan kepenatan akibat berjalan. Anggaran melakukan tawaf di dataran Kaabah lengkap tujuh (7) pusingan lebih kurang 3.5km. Bagi sa’ie pula, jarak antara Sofa ke Marwah adalah lebih kurang 370 meter. Bagi melengkapkan tujuh (7) pusingan sa’ei kita berjalan sejauh 2,690 meter. Jadi, latihlah diri berjalan kaki sejauh lebih kurang 6-7km sebelum berangkat ke tanah suci. Kempen 10000 langkah tercapai, jantung pun sihat!

Selain itu, kesihatan mental juga perlu dititikberatkan. Bak kata nasihat ayah ambo kepada cucunya yang sorang ni, sentiasa berfikiran positif ketika berada di tanah suci. Jangan mudah bersangka buruk terhadap jemaah lain.

 

4. Persiapan keperluan untuk dibawa

Barang yang nak dibawa dan digunakan ketika berada di tanah suci perlu disiapkan awal. Antara keperluan yang perlu di bawa seperti pakaian, barang mandian, ubat-ubatan, makanan segera jika perlu (kot-kot ada orang yang tekak melayu.. tak leh nak terima makanan arab 😛 ) dan sebagainya. Boleh rujuk post sebelum ni Senarai Barang Kelengkapan Umrah. Ingat! Bawa barang yang perlu sahaja.

Antara tips nak jimatkan ruang dalam bagasi, boleh guna Vacuum Compressed Storage Bags ni. Bagi yang nak dapatkan benda ni boleh klik link di sini.

 

5. Bersihkan diri & Jaga tutur kata

Sebelum berangkat ke tanah suci, sebaiknya jemaah hendaklah bertaubat dengan meninggalkan perbuatan dosa, memohon maaf dan minta dihalalkan sekiranya ada kesalahan dengan manusia. Sebagai tetamu Allah SWT, jagalah adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan atau niat di hati.

Hindarilah sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, bermegah-megah dan lain-lain sifat tercela.

 

6. Baca sirah nabi & selawat

Kebiasaanya, pihak agensi umrah akan membawa para jemaah ke tempat-tempat yang bersejarah di sana. Sebagai tambahan, adalah lebih baik bagi jemaah meluangkan masa membaca sirah Nabi SAW terlebih dahulu. Kita akan dapat mempelajari, mengetahui dan mendalami pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi SAW dan para sahabat RAnhum.

 

Itulah persiapan sebelum melakukan umrah. Semoga ianya dapat menambah pengetahuan dan dapat memberikan manfaat kepada semua. Amiin.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah Tahun 2023
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more