Senarai Barang Kelengkapan Umrah : Pena Hijau

Senarai Barang Kelengkapan Umrah

ANE 20230111 kalendar 2023
Kalendar 2023 Kelantan
11 Jan 2023
umrah
Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah Tahun 2023
18 Jan 2023
ANE 20230111 kalendar 2023
Kalendar 2023 Kelantan
11 Jan 2023
umrah
Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah Tahun 2023
18 Jan 2023
20220707 hari arafah
icon follow us

Salah satu anugerah yang sangat berharga bila dapat peluang untuk menunaikan umrah. Sebagai orang Islam, sudah pasti ada impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci dan menjadi tetamu Allah. Bagi yang pertama kali untuk menunaikan umrah, mungkin tidak pasti apa yang perlu dibawa. Di sini kami cadangkan barang kelengkapan umrah yang bersesuaian untuk lelaki dan perempuan bagi tempoh masa 2 minggu di Tanah Suci Mekah dan Madinah sebagai rujukan dan panduan.

 

Lelaki Perempuan
Kain ihram (2 helai)
Wajib bawa untuk ibadah umrah.
Telekung sembahyang (2 helai)
Bawa telekung jenis yang ringan, tidak jarang dan kainnya tidak panas. Bawa telekung dengan corak/hiasan yang sedikit sahaja atau tiada sama sekali. Jangan pilih telekung untuk berfesyen pula.
Tali pinggang (1 utas)
Digunakan untuk memastikan kain ihram tidak terlepas dan mengemaskan lagi ikatannya.
Tudung labuh/Mini telekung (2 helai)
Seeloknya berwarna hitam atau putih dan tudung masuk dan berdagu untuk memudahkan anda. Boleh pakai solat terus nanti. Namun, sekiranya anda nak bawa selendang (shawl) atau tudung bawal pun boleh sahaja. Sekiranya anda cepat berpeluh, anda boleh bawa tudung lebih. Bawa yang mudah dan selesa dipakai.
Baju t-shirt & seluar (2 pasang)
Boleh bawa seluar jeans, seluar trek atau seluar slack biasa. Untuk t-shirt pula, sebaiknya bawa tshirt yang mempunyai kocek, tidak terlalu tebal dan selesa. Ini adalah untuk memudahkan anda beraktiviti seperti mendaki gunung dan sebagainya.
Jubah/Baju kurung (3 pasang)
Jubah/baju kurung yang mempunyai jenis kain tidak berat dan paling penting, selesa dipakai. Warna yang digalakkan untuk dibawa ialah berwarna putih dan hitam.
Jubah/Baju Melayu/Kurta (2 helai)
Digunakan sebagai pakaian harian apabila menziarahi kawasan bersejarah. Sebaiknya bawa baju yang tidak terlalu tebal dan kain yang sedap dipakai serta tidak perlu digosok.
Anak tudung (3-5 helai)
Anak tudung yang selesa untuk dipakai terutamanya apabila waktu panas.
Pagoda/Singlet berlengan/berzip (3/4 helai) T-shirt labuh & seluar (2 pasang)
Bawa 2 pasang baju labuh dan juga seluar untuk memudahkan anda beraktiviti seperti mendaki gunung dan sebagainya.
Kain pelekat (3 helai) Baju tidur & seluar (2 pasang)
Kopiah/Songkok (1 helai) Stokin (3 pasang)
Sebolehnya stokin mesra wudhuk yang mempunyai bukaan di bahagian hadapan jari-jari kaki. Elakkan membawa stokin yang terlalu tebal kecuali apabila anda menunaikan umrah pada musim sejuk.
Stokin (2 helai) Sarung lengan/Handsock (2 pasang)
Untuk lebih menjaga aurat, anda juga disyorkan untuk membawa sarung lengan atau dikenali sebagai ‘handsock’. Sebaiknya bawa sarung lengan berwarna putih atau hitam.
Lelaki & Perempuan
Baju tebal/jaket (1 pasang)
Jika pergi menunaikan umrah dalam musim sejuk. Suhu di Madinah lebih sejuk berbanding suhu di Mekah.
Selipar getah (1 pasang)
Kasut biasa (1 pasang)
Bawa kasut yang sesuai untuk tawaf/sa’ie untuk mengelakkan kaki anda sakit dan kurang selesa semasa beribadah dan juga beraktiviti.
Botol penyembur wudhu (1 botol)
Untuk memudahkan anda mengambil wudhu di mana sahaja ketika berada di sana.
Sejadah bersaiz kecil (1 helai)
Untuk memudahkan anda menunaikan solat di luar masjid atau di mana-mana sahaja. Boleh juga digunakan sebagai alas duduk terutamanya pada musim sejuk.
Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti panadol, ubat batuk, minyak angin, minyak panas serta ubat yang dibekalkan daripada hospital sekiranya ada.
Buku-buku
Buku panduan ibadah umrah/buku doa untuk bacaan
Penyangkut baju
Guntung kecil
Digunakan untuk bertahallul
Kelengkapan mandi
Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dll
Ungcang kasut
Beg plastik

 

Akhir kata, anda juga boleh merujuk panduan dan senarai barang kelengkapan umrah yang diberikan oleh agensi umrah anda untuk memastikan tiada barang penting yang ketinggalan. Kalau ada kelengkapan umrah lain yang tertinggal, boleh tinggalkan dalam komen di bawah.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Senarai Barang Kelengkapan Umrah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more