Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
7 Rejab 1444 bersamaan 29 Januari 2023, kami sekeluarga berpeluang menjadi tetamu Allah.
Alhamdulillah… Alhamdulillah ‘ala kulli hal…
Perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke King Abdul Aziz International Airport di Jeddah ambil masa dalam 9 jam. Dari pukul 7 malam berlepas di KLIA dan kami tiba di Jeddah lebih kurang pukul 1 pagi (waktu Arab Saudi) atau 6 pagi waktu Malaysia. Beza masa 5 jam.
Lebih kurang 1 jam sebelum mendarat, lepas hidangan kedua… kami berniat umrah sebelum melintasi Miqat Qarnul Manazil, rukun pertama dalam mengerjakan umrah. 13 pantang larang perlu dijaga di dalam ihram. Dah mendarat, nak lepas imigresen Jeddah tu… sabar je la. Nasib tak baik.. cap jari bermasalah.. Terpaksa beratur kat kaunter 4. Yang mana beratur kat kaunter ni, confirm yang ada masalah cap jari tak dapat baca.. Settle bahagian imigresen, kami semua dalam kumpulan bas 3 yang dipimpin oleh mutawif Ustaz Mahathir Muhammad Rail. Pukul 2.30am, perjalanan dari KAIA JED ke hotel kami, Hotel Safwah Royal Orchid ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai di hotel, kami rehat-rehat dulu dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, kami dipimpin oleh mutawif untuk memasuki dataran Kaabah dan mengerjakan rukun umrah seterusnya, tawaf, saie dan tahallul. Mula-mula masuk dataran… Masya Allah! Tiada yang indah melainkan dapat melihat Kaabah di depan mata… Dalam masa lebih kurang 2 jam, selesai umrah wajib kami.
Allahu Akbar…
Hari kedua, kami dibawa mutawif menziarahi sekitar Kota Mekah…
Tengahari, kami pulang semula ke hotel untuk makan tengahari, solat zohor dan menunaikan umrah kedua [Gambar 360].
Hari ketiga, kami menziarahi pula…
Hari keempat, kami buat tawaf wada’ jam 3 pagi [Gambar 360] [Video 360] kerana akan meninggalkan Mekah melebihi 2 marhalah.
Kesempatan pagi ni, kami tunaikan amanah sahabat kami…
Lepas sarapan pagi, kami bertolak menziarahi Kota Taif. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam melalui pergunungan. Kota Taif merupakan salah satu kota yang dilawati Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah selepas usaha mengajak penduduk Mekah tidak berhasil. Walau bagaimanapun penduduk Taif juga menolak dakwah Nabi SAW hinggakan melontar batu ke arah Nabi SAW hingga berdarah kaki Nabi SAW. Baginda SAW tetap bersabar malah berdoa untuk penduduk Taif.
Hari ini, Kota Taif menjadi salah satu daerah pertanian di Arab Saudi. Cuaca di Taif sejuk nyaman je. Strawberry pun ada kat sini. Di Kota Taif kami dibawa ke…
Hari kelima, aktiviti bebas. Tiada lawatan ziarah hari ni. Ramai yang “melontar” hari ni di kedai-kedai. Petang tu lepas Asar, mutawif bas 3 dan bas 4 membahagikan makanan kepada golongan yang kurang mampu di sekitar Kota Mekah hasil dsripada kutipan sumbangan daripada jemaah bas 3 dan bas 4.
Hari keenam, kami sekali lagi buat tawaf wada’ jam 3 pagi [Gambar 360] kerana akan meninggalkan Kota Mekah Al-Mukarramah menuju ke Madinah Al-Munawwarah pukul 2 petang.
p/s : Pada masa sekarang, Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bagi lelaki yang ingin memasuki dataran kaabah sama ada ingin buat tawaf sunat, solat dan lain-lain untuk memakai ihram. Kalau tak pakai ihram, askar-askar tak akan bagi lepas untuk masuk dataran Kaabah. Lagi satu, kat sini tak ada sos cili. Masuk Texas ke KFC ke McD ke.. diorang bagi sos Tomato. So yang mana nak sos cili, sila bawa siap-siap dari Malaysia 😀
4 Feb 2023 07:00 malam (Arab Saudi)
Dalam perjalanan menuju Madinah Al-Munawwarah