Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Dulu-dulu.. masa awal tahun 90-an, bila ayah bawa balik sebuah komputer IBM.. kami adik beradik teruja sangat. Tak tahulah berapa harga komputer zaman tu. Disket besar bukan main.. 8 inci!! Dengan komputer tu lah ayah kami buat keje.. buat DOS programming untuk bahan mengajar subjek Pendidikan Islam walaupun ayah kami hanyalah seorang guru agama.
Kadang-kadang kami adik-beradik dapat juga main komputer tu. Main game je la.. bergilir-gilir 4 beradik. Sorang lagi si bongsu masa tu masih baby lagi. 😀 Game yang femes masa tu Prince of Persia.
@alkhudhrinet Game legend zaman awal 90an.. Prince of Persia #gameretro #gamelegend #princeofpersia
Game Prince of Persia ni dicipta oleh Jordan Mechner tahun 1989 dan diterbitkan oleh Broderbund. Game Prince of Persia ni ada banyak siri. Antara siri yang aku dah pernah main
Tahun 2010 tu jugak ada filem adaptasi dari game Prince of Persia oleh Walt Disney Pictures. Filem Prince of Persia : The Sands of Time menggabungkan unsur-unsur daripada Warrior Within dan The Two Thrones. Walau pun filem dia biasa-biasa je.. tapi cukup happy la sebab dapat mengimbau balik game legend ni.