14 Tahun Dalam Dunia Blog : Pena Hijau

14 Tahun Dalam Dunia Blog

ANE 20230422 idil fitri
Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1444H & Giveaway Duit Raya
22 Apr 2023
ANE 20230516 hari guru
Selamat Hari Guru – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
15 May 2023
ANE 20230422 idil fitri
Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1444H & Giveaway Duit Raya
22 Apr 2023
ANE 20230516 hari guru
Selamat Hari Guru – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
15 May 2023
ANE 20230508 dunia blog
icon follow us

Sedar tak sedar.. dah 14 tahun dah Abey dalam dunia blog ni. Post pertama Abey lirik lagu Prisoner of Love oleh Utada Hikaru pada 5 Mei 2009. Abey memang minat dengan Utada Hikaru ni sejak dari zaman universiti lagi bila dia popular dengan lagu First Love. Itulah post pertama seingat Abey dan yang ada dalam rekod Abey.

Dua tiga platform dah Abey guna. Macam-macam template dah Abey guna. Awal-awal dulu, Abey guna blogger je. Apply script itu ini.. guna flash… guna template yang tu.. bila dah nampak boring, tukar template lain pulak.. hahaha…

Lepas tu, bila Abey dapat kerja kat Koperasi Guru Melayu Kelantan, Abey kena develop website. Masa ni Abey belajar pasal Joomla, domain dan hosting. Tapi blog Abey masih lagi guna platform blogger.

Google Adsense.. Abey pun dah lupa sejak bila Abey apply Google Adsense ni. Apply kena reject sebab tak penuhi syarat Google. Banyak kali jugak la kena reject. Tapi alhamdulillah, akhirnya Google approve jugak. Adalah income sikit.. Nak apply benda alah ni bukan main payah.

Bila Abey dapat tawaran temuduga di salah satu jabatan Kerajaan Negeri, Abey tunjuk laman web koperasi sebagai hasil kerja Abey. Alhamdulillah, Abey diterima masuk untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri.

Beberapa bulan lepas tu, bila dah ada duit sikit, Abey pun tukar blog Abey dari pakai platform blogger ke Joomla. Julai 2011, Abey dah start ada hosting dan domain sendiri (alkhudhri.com). Apa itu domain dan hosting? Boleh baca kat sini. Nama domain alkhudhri ni idea dari ayah Abey. Perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud hijau.

Bila Abey dah boring guna Joomla, Abey cuba-cuba belajar pakai WordPress. Bila dah boring pakai WordPress, Abey tukar guna Joomla balik. Hahahaha… Dulu la.. sekarang stick to one platform je. Insha Allah kot… 😀 Korang boleh tengok transformasi laman web Abey sejak dari tahun 2011 kat Internet Archive ni.

Sejak dari tu, Abey pun ada ambil job luar. Guna kelebihan dan ilmu yang ada ni, ambil upah buat laman web untuk perseorangan, syarikat, surau, masjid, sekolah dan lain-lain…

Pernah ke laman web Abey kena hack? Memang pernah especially kalau guna template atau plugin bukan daripada sumber yang sah. So kena beringat la..

Mana Abey dapat template dan plugin premium tapi free? Abey dapat dari sini Themeforest.com. Biasanya setiap bulan Themeforest akan buat Free Grab Items. Daripada template, kod, logo, audio dan lain-lain.

Itu je la kot coretan dunia blog Abey kali ni, kalau sudi boleh lah like, follow dan subscribe social media Abey (Facebook, Twitter, Instagram, Youtube Channel, TikTok, Telegram).

Korang jugak boleh blogwalking laman-laman web ni. Ada yang Abey handle sdiri, ada yang team Abey handle

  • Masjid Muhammad Ahmadi – laman web masjid yang diasaskan oleh Allahyarham TG Hj Muhammad bin Lebai Ahmad Al-Kelantani
  • MyKelate – direktori tarikan pelancong, hotel & homestay, masjid, pusat membeli-belah, makanan & minuman, perniagaan di Kelantan
  • Usrah Nurani – hukum hakam berkaitan kehidupan seharian kita
  • Semakan Maklumat – perkhidmatan semakan online, info semasa, jawatan kosong, maklumat bantuan kerajaan

Nak senang, klik link ni https://biolinks.my/alkhudhri. Semua pautan di atas (semua socmed, website) dalam satu link tu je.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

2 Comments

  1. idfiooss says:

    Keep it up

  2. jacob says:

    Nice. Keep update!

14 Tahun Dalam Dunia Blog
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more