Selamat Hari Guru - Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Selamat Hari Guru – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

ANE 20230508 dunia blog
14 Tahun Dalam Dunia Blog
8 May 2023
ANE 20230528 wordpress meetup kl 20th celebration
WordPress 20th Celebration Meetup di Kuala Lumpur
28 May 2023
ANE 20230508 dunia blog
14 Tahun Dalam Dunia Blog
8 May 2023
ANE 20230528 wordpress meetup kl 20th celebration
WordPress 20th Celebration Meetup di Kuala Lumpur
28 May 2023
ANE 20230516 hari guru
[followus]

Selamat Hari Guru – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani | Profesion sebagai guru adalah satu bidang pekerjaan yang sangat mulia. Walaupun sudah bersara dari perkhidmatan, gelaran keramat cikgu, teacher, ustaz, ustazah sentiasa kekal hingga ke liang lahad.

Saidina Ali radhiallahu ‘anhu pernah berkata : “Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan kamu menjaga harta. Ilmu bertambah jika disampaikan sedangkan harta berkurang jika dibelanjakan. Dan ulama itu akan tetap hidup selamanya mestipun jasadnya tidak ada. Dan ajaran mereka selalu diingati dalam hati“.

Sasterawan Negara, Allayarham Usman Awang dalam sajaknya yang bertajuk “Guru Oh Guru” ada menyebut :

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara, Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya bermula oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Alhamdulillah, Abey dikelilingi dalam keluaga pendidik. Moyang Abey seorang Tok Guru yang mengasaskan sebuah pondok. Pondok tu kini dah jadi Masjid Muhammad Ahmadi. Diambil sempena nama beliau Tuan Guru Haji Muhammad bin Lebai Ahmad Al-Kelantani.

Nenek Abey (Abey panggil Tok) guru mengaji al-Quran. Dulu-dulu, time Abey balik Kelantan hujung minggu, hampir 30 orang anak murid Tok
bersusun tepi dinding tunggu giliran mengaji. Arwah Tok biasanya duduk di muka pintu mengajar al-Quran.

Ayah Abey sendiri juga seorang guru. Bermula dengan mengajar di sebuah sekolah rendah di Kajang, kemudian di MRSM Kulim, MRSM Kuala Terengganu dan terakhir di Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Cuma Abey je la tak pandai sangat nak mengajar. Hahaha… Kalau tak mungkin Abey pun dah lama jadi Cikgu. Mujurlah adik Abey sorang ada yang jadi Cikgu di MRSM Merbok. Ada juga la pewaris guru dalam keluarga.

Pengalaman Abey sendiri, jadi cikgu ni memang pekerjaan yang mulia berbanding profession yang lain. Dalam hati Abey pun kadang-kadang timbul rasa nak jadi cikgu jugak. Mana taknya… bila mana Mak Ayah Abey terlibat dalam kemalangan tahun 2018 lepas di Kuala Krai, Mak Ayah Abey terus dihantar ke Hospital Kuala Krai. Mujur anak kepada anak murid moyang Abey yang juga doktor pakar kat sana antara orang yang terlibat dalam menguruskan perpindahan Mak Ayah Abey dari Hospital Kuala Krai ke Hospital USM Kubang Kerian.

Sepanjang Ayah Abey koma di Hospital USM, Abey dibantu oleh beberapa anak murid Ayah Abey di MRSM Kulim yang dah jadi doktor di Hospital USM. Syukur Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan Abey waktu tu.

Satu lagi pengalaman Abey sendiri, bila Ayah Abey dijemput ke majlis perjumpaan dengan bekas pelajar MRSM Kulim di sebuah restoran di Kubang Kerian. Ayah Abey dijemput oleh seorang anak murid Ayah Abey, hakim berpangkat Dato’. Yang menariknya, hakim tu datang dengan driver beliau. Beliau sendiri turun dari kereta, bukakan pintu untuk Ayah. Memang respek, tabik spring…

Sempena hari guru esok, Abey ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Mak Ayah Abey yang merupakan guru pertama Abey sejak lahir ke dunia ni… Kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah sejak dari TASKI hingga ke universiti, kepada yang pernah mengajar Abey secara langsung atau tidak langsung dan kepada adik-adik, rakan-rakan seperjuangan serta sahabat-sahabat yang bergelar pendidik.

Terima kasih.

Akhir kalam, semoga Allah subhanahu wa ta’ala memberi kesihatan dan kekuatan kepada Mak Ayah, para guru serta mengampunkan dosa-dosa kepada mereka yang telah pergi. Sekali lagi Abey ucapkan selamat hari guru “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Semoga dengan segala ilmu yang dicurahkan itu mendapat ganjaran di sisi Allah subhanahu wa ta’ala serta dibalas dengan syurga di akhirat kelak. Amin.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Selamat Hari Guru – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more