Putrajaya Secret Garden - Ke Dunia Avatar Di Putrajaya

Putrajaya Secret Garden – Ke Dunia Avatar Di Putrajaya

ANE 20230528 wordpress meetup kl 20th celebration
WordPress 20th Celebration Meetup di Kuala Lumpur
28 May 2023
ANE 20230604 pesta lampu 03
[Video] Pesta Lampu Angkasawan
5 Jun 2023
ANE 20230528 wordpress meetup kl 20th celebration
WordPress 20th Celebration Meetup di Kuala Lumpur
28 May 2023
ANE 20230604 pesta lampu 03
[Video] Pesta Lampu Angkasawan
5 Jun 2023
ANE 20230528 secret garden 02
icon follow us

Putrajaya Secret Garden – Ke Dunia Avatar Di Putrajaya | Selesai program WordPress Meetup di Kuala Lumpur, Abey bercadang nak bermalam di rumah adik-adik Abey (Hang Jebat & Hang Kasturi) di Presint 14, Putrajaya. Anak Abey, Alya dah siap-siap whatsapp kat Ayah Ngah dia mintak belanja Dominos and Ayah Cik dia bingsu. Maklum la.. pak-pak sdara Alya ni bujang-bujang lagi. Duit nak habis kat sape lagi kalau bukan kat anak sdara kan.. Sorang keje kat Kementerian Belia Sukan (KBS), sorang lagi TMnet Cyberjaya. Masih solo and available. So sape yang nak jadi adik-adik ipar Abey, bleh contact Abey atau mak Abey sdiri. Hahaha..

Sampai Presint 14 malam tu dapat la Alya merasa pizza Dominos hasil mengepow Ayah Ngah dia.. Bingsu tak dapat merasa sebab Ayah Cik dia busy tengah meeting online. Nasi yang Hang Kasturi order pukul 7 malam pun, Abey tengok pukul 12 tengah malam baru dia boleh makan..

Pagi Ahad, 8 Zul Qaedah 1444 / 28 Mei 2023 Hang Jebat bagitahu kat Abey dah lama tak makan pagi luar. Ok la.. Abey sebagai Hang Tuah ikut je. Kitorang makan pagi di Warung Bunian, Kajang Selangor. Entah kenapa la nama kedai camtu.. Memang tersorok betul. Warung ni pernah masuk dalam rancangan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Mujur la Abey pegi awal. Takde la beratur panjang sangat. Menu pagi cuma ada nasi lemak dan roti canai je. Abey order nasi lemak telur bungkus. Nasi lemak dibungkus dengan telur, sambal bawang dan ikan masin. Overall, biase je rasa…

ANE 20230528 warung bunian
Warung Bunian, Kajang
ANE 20230528 nasi lemak bungkus
Nasi lemak telur bungkus

Lepas sarapan, rehat-rehat kejap kat Presint 14. Pastu Abey balik semula ke Presint 8, rumah adik ipar Abey. Tengahari tu Abey bawak Alya tengok Polis Evo 3 kat Alamanda, Putrajaya. Sejak dia tengok intro movie ni kat TV hari tu, dia mintak nak tengok. Polis Evo 3, filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, dibintangi oleh Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahad, Syafiq Kyle, Farali Khan dan lain-lain.

ANE 20230528 polis evo 3
Poster Polis Evo 3

Muka happy nak pergi tengok wayang

Malam tu, adik ipar Abey dan bini dia bawak kami jalan-jalan di Putrajaya Secret Garden, Presint 1. Lawa tempat dia.. Betul-betul menghadap Hotel Pulse Grande. Sape yang stay hotel ni, turun hotel je boleh layan view chin ni. Yang bestnye, masuk percuma.. parking pun percuma! Terasa macam duk dalam dunia avatar.

Settle ronda-ronda kat secret garden, kitorang makan masakan cina muslim kat Restoran Mohd Chan di Presint 15. Bini Abey punya pasal la ni.. duk kempunan nak makan masakan cina. Satu menu yang menarik perhatian Abey.. Ultraman Chicken Chop.. Kenyang betul. Silap planning. Patut kena makan dulu baru jalan-jalan kat secret garden untuk bakar kalori… 😀

Pagi Isnin, lepas sarapan pagi kat Restoran Seri Bagan Pinang, Abey and family bertolak balik ke mykelate.net. Terima kasih kepada adik-adik Abey (Hang Jebat dan Hang Kasturi), adik ipar Abey dan isteri (Paka dan Syikin) atas hospitality, generosity and wonderful time.

p/s : Salam takziah kepada Syikin atas kehilangan ibu saudara dia pada 29 Mei 2023.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Putrajaya Secret Garden – Ke Dunia Avatar Di Putrajaya
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more