Tips Jimat : Hari Tanpa Duit : Pena Hijau
ANE 20230611 tips jimat bayaran bulanan
Tips Jimat : Apa Yang Anda Bayar Setiap Bulan?
12 Jun 2023
ANE 20230614 tips jimat tunggu offer
Tips Jimat : Tunggu Offer
14 Jun 2023
ANE 20230611 tips jimat bayaran bulanan
Tips Jimat : Apa Yang Anda Bayar Setiap Bulan?
12 Jun 2023
ANE 20230614 tips jimat tunggu offer
Tips Jimat : Tunggu Offer
14 Jun 2023
ANE 20230612 tips jimat hari tanpa duit
icon follow us

Hari tanpa duit? Hah! macam mana tu?

Begini caranya… Jika anda sedar, boleh dikatakan hampir setiap hari anda akan keluarkan duit!

Perasan tak? Dari pagi mula keluar rumah, beli sarapan, beli surat khabar, bayar tol, isi minyak, makan tengahari, bayar parking, singgah gerai tepi jalan beli goreng pisang atau kuih-muih, kemudian malam lepak kedai mamak lagi dan sebagainya.

Boleh dikatakan setiap hari hampir setiap hari kita akan keluarkan duit dari poket kita!

Jadi, untuk tips ini anda perlu cabar diri anda sendiri! Dalam tempoh seminggu, pilih 1 hari sahaja. Di mana, pada hari tersebut, anda perlu tahan diri dan berjanji takkan keluarkan duit 1 sen pun dari poket atau dompet anda!

Boleh? Rasa macam mustahil ke?

Jika rasa mustahil, mungkin anda boleh mulakan dulu dengan hari Jumaat/Sabtu/Ahad iaitu hari cuti minggu. Pada hari tersebut, walau apa pun terjadi, cuba untuk tidak keluarkan sebarang duit dari dompet/poket anda. Pendek kata, hari itu adalah hari tanpa duit!

Jika ada buat apa-apa aktiviti, cuba buat aktiviti yang tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang duit.

Pada mulanya memang terasa agak sukar untuk buat “hari tanpa duit”. Tapi insya Allah dengan keazaman, anda akan berjaya lalui hari tersebut tanpa mengeluarkan sesen pun.

Mula-mula cuba buat 1 hari dalam seminggu. Kemudian upgrade jadi 2 hari seminggu tanpa duit. Kemudian, naik lagi 3 hari tanpa duit dalam tempoh seminggu!

Jika dulu, dalam dompet anda biasanya anda peruntukkan RM200 untuk kegunaan seminggu. Tapi bila anda dapat amalkan tips “hari tanpa duit”, anda dapat masukkan RM50 sahaja duit dalam dompet untuk kegunaan seminggu!

Salah satu faktor kita sering tidak cukup duit sebenarnya adalah disebabkan tabiat kita yang suka berbelanja tanpa kita sedar.

Beli goreng pisang RM5. Beli air di Petronas RM3. Beli jajan anak RM2.

Kadang-kadang tu, takde sebab pun kita perlu beli sesuatu barang tu. Tapi sebab ada duit dalam dompet dan rasa hari tu takde beli apa-apa lagi, maka kita pun beli sahaja apa-apa. Mula-mula ingat nak beli jajan untuk anak-anak RM4-5 ringgit, tapi kemudian terbeli sampai RM30.

Benda-benda kecil inilah sebenarnya yang men”ghaib”kan duit kita tanpa kita sedar. Ia hilang sikit.. sikit…. Tapi bila dikumpulkan dan dikira… jumlahnya agak besar juga sebenarnya.

Oleh itu, bila kita amalkan tips ini, maka ianya akan serba sedikit dapat menyedarkan kita tentang perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu tersebut.

Apabila mahu keluarkan duit sahaja kita akan teringat! Oh! hari ini hari tanpa duit! Tak boleh beli!

Cubalah! Dan rasai sendiri keajaibannya.

Sekian, selamat mencuba! Nak lagi tips, boleh dapatkan eBook di bawah.

123 tips jimat dan simpan

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Tips Jimat : Hari Tanpa Duit
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more