Tips Jimat : Tunggu Offer : Pena Hijau
ANE 20230612 tips jimat hari tanpa duit
Tips Jimat : Hari Tanpa Duit
13 Jun 2023
ANE 20230711 cabut plug
Tips Jimat : Cabut & Kecilkan
11 Jul 2023
ANE 20230612 tips jimat hari tanpa duit
Tips Jimat : Hari Tanpa Duit
13 Jun 2023
ANE 20230711 cabut plug
Tips Jimat : Cabut & Kecilkan
11 Jul 2023
ANE 20230614 tips jimat tunggu offer
icon follow us

Tips kali ini adalah tentang teknik membeli pula – Tunggu Offer Baru Beli!

Macam biasa dengar. Tapi… offer apa yang nak ditunggu? Dan barang apa yang nak dibeli?

Begini kisahnya… 😀

Sama ada anda perasan atau tidak, ada sesetengah barang yang kita gunakan di rumah, sememangnya perlu/mesti kita kena beli ia sama ada setiap minggu atau pada setiap bulan.

Contohnya… susu anak, pampers, beras, milo, susu, garam, gula, sabun pencuci baju, sabun basuh pinggan, tisu, minyak masak, nugget/kentang goreng atau makanan sejuk beku dan banyak lagi.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan… senaraikan dahulu apakah barang-barang yang anda perlu beli sama ada secara mingguan atau bulanan!

Barang-barang ini biasanya boleh disimpan dan tahan lama. Ianya BUKAN barang basah yang perlu dibeli secara harian atau 2-3 hari sekali.

Ingat ya… BARANG KERING dan mesti BOLEH DISIMPAN untuk tempoh yang lama. “EXPIRED DATE” barang-barang ini selalunya  sekitar 1-2 TAHUN.

Selepas anda dah senaraikan semua barang tersebut, selalunya hanya sekitar 20 barang sahaja yang anda memang betul-betul beli setiap minggu/bulan.

Kini anda perlu “alert“, perhatikan harga jualan barang-barang ini pada waktu biasa dan pada waktu offer.

Sama ada anda perasan atau tidak, supermarket besar seperti Mydin, AEON, Lotus, Giant akan sentiasa membuat tawaran pada setiap  minggu. Mereka akan sentiasa “rotate” barang berbeza untuk diberikan diskaun pada setiap minggu.

Contohnya, minggu ini mereka akan berikan diskaun pada “susu kotak”. Harga biasa susu tersebut adalah RM5.99, tetapi bila ada offer, mereka akan jual pada harga RM4.99. Bila ada offer sebegini, anda boleh beli susu tersebut 4-5 kotak terus untuk stok 1-2 bulan.

Offer tersebut biasanya akan berlangsung untuk tempoh 1-2 minggu sahaja. Kemudian, ia akan berbalik semula pada harga biasa dan barang lain pula yang akan diberi potongan harga.

Biasanya, selepas 1-2 bulan, giliran susu kotak tersebut diberi potongan harga akan kembali semula. Apabila giliran ia tiba semula, anda boleh beli lagi beberapa kotak. Dengan cara ini, anda akan dapat membeli barang tersebut dengan harga diskaun sepanjang masa.

Perkara yang sama anda boleh lakukan untuk barangan lain seperti minyak masak, santan kotak, sosej, nugget, minuman 3-in-1, sos spaghetti, tin sardin, mee segera, sabun pencuci baju, sabun pencuci pinggan dan banyak lagi.

Tempoh masa barang-barang tersebut akan kembali diberikan diskaun, biasanya adalah sekitar 1-2 bulan.

Pendek kata, setiap kali anda ke supermarket tersebut anda hanya membeli barang-barang yang diberikan offer pada harga diskaun sahaja! Dan anda boleh beli LEBIH beberapa unit untuk dijadikan stok! (biasanya untuk stok 2 bulan)

Barang-barang yang tidak ada diskaun harga, anda tangguhkan dulu dan beli di waktu lain, iaitu sewaktu tiba giliran mereka diberikan diskaun. Kecualilah, jika barang tersebut memang sudah habis stok di rumah dan anda perlu gunakan ia juga, maka anda boleh beli juga 1 unit, sekadar untuk kegunaan pada minggu/bulan tersebut.

Untuk gunakan tips ini, anda perlu “aware” juga pada harga yang ditawarkan. Kadang-kadang, harga diskaun yang diberikan, tidak begitu murah.

Contohnya, susu kotak tadi, harga biasa ialah RM5.99. Kadang-kadang, sewaktu offer, ia hanya turun menjadi RM5.39 sahaja. Sedangkan, sebelum ini, ia pernah turun menjadi RM4.99. Jika ia sekadar turun sedikit, anda boleh tunggu lagi (jika masih ada stok di rumah) atau beli juga (jika stok di rumah sudah habis).

Anda mungkin tidak perasan tentang harga ini pada mulanya. Tapi bila anda dah sentiasa beli barang tersebut dan amalkan tips ini, insya Allah anda akan perasan dan dapat ingat berapakah harga diskaun yang paling rendah yang pernah diberi pada sesuatu barang itu.

Bila anda dapati barang itu diberikan pada harga diskaun yang terendah, masa itulah anda beli banyak-banyak!

Boleh? Insya Allah boleh!

Dengan mengamalkan teknik ini sahaja, anda mungkin dapat jimat hampir 50% dalam perbelanjaan bulanan anda bagi perbelanjaan barangan dapur dan keperluan rumah.

Dulu tunggu barang habis di rumah, baru beli (jadi terpaksa beli walaupun pada harga mahal). Sekarang tunggu offer baru beli (jadi dapat beli pada harga murah).

Itu sahaja untuk tips kali ini.

Sekian, selamat mencuba! Nak lagi tips, boleh dapatkan eBook di bawah.

123 tips jimat dan simpan

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Tips Jimat : Tunggu Offer
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more