Muhasabah Akhir Tahun : Pena Hijau

Muhasabah Akhir Tahun

ANE 20230706 ghurur tipu daya penyakit hati
Ghurur – Tipu Daya Yang Mesti Dihindari
6 Jul 2023
ANE 20230720 hijrah dalam islam
Hakikat Hijrah Dalam Islam
20 Jul 2023
ANE 20230706 ghurur tipu daya penyakit hati
Ghurur – Tipu Daya Yang Mesti Dihindari
6 Jul 2023
ANE 20230720 hijrah dalam islam
Hakikat Hijrah Dalam Islam
20 Jul 2023
ANE 20230713 muhasabah akhir tahun
icon follow us

Muhasabah Akhir Tahun | Beberapa hari lagi tahun 1444 Hijrah akan meninggalkan kita, manakala tahun 1445 Hijrah akan datang untuk kita bertamu padanya pula. Demikianlah, tempoh setahun yang meninggalkan kita. Ini bererti, semakin hampir kehidupan kita di dunia ini bakal berakhir, siang dan malam silih berganti, umur manusia pula pupus setiap hari, pergi tidak akan kembali.

Tahun 1444 Hijrah akan melambaikan tangannya buat kali terakhir. Apakah ia akan menjadi saksi pembela buat kita atau ia akan menjadi pendakwa di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala? Pada suatu hari yang dinyatakan oleh Allah Tuhan Maha Pencipta dalam Surah Abasa ayat 34-37 :

يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ ٣٤ وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ ٣٥ وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ ٣٦ لِكُلِّ ٱمْرِئٍۢ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍۢ شَأْنٌۭ يُغْنِيهِ ٣٧

Maksudnya : Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, ibunya serta bapanya, isterinya serta anak-anaknya, kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Marilah kita bermuhasabah tentang pengakhiran kita – bukannya mengenai kerjaya, diri, urusan niaga atau harta – tetapi mengenai nasib diri, apakah bakal ke Syurga atau Neraka? sudah tentunya menerusi bekalan amalan yang dikumpulkan, sedikit atau lumayan, adakah ia dibina atas landasan yang kukuh, berpaksikan aqidah yang suci bersih daripada anasir syirik dan songsang sementara kita masih diberikan kesempatan untuk menginsafi pemergiaan 1444 Hijrah dan membuat pembaikian bersama ketibaan 1445 Hijrah.

Semua kita bakal berhadapan dengan persoalan tentang amalannya, yang diterima hanyalah usaha yang dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah subhanahu wa ta’ala, melalui aqidah yang suci dari noda syirik dan mengikut cara yang ditinggalkan oleh Baginda Rasul shollallahu ‘alaihi wa salam.

Bulan Muharram 1445 Hijrah yang bakal disambut, merupakan penerusan bulan suci dalam Islam yang datang secara berturutan selama tiga bulan iaitu Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram.

Jadikanlah sambutannya sebagai permulaan diari kehidupan kita yang dipenuhi dengan keinsafan diri, bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukan, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kehadrat Allah subhanahu wa ta’ala dan berdoa supaya kita senantiasa diredaiNya. Hindarilah daripada perlakuan munkar, maksiat dan perbuatan syirik yang membawa kepada kemurkaan Allah subhanahu wa ta’ala.

Jika kita perhatikan bagaimana tahun-tahun bersilih ganti, satu demi satu datang dan pergi, Ketika kita berada di permulaan tahun 1444 Hijrah dahulu, rasanya penghujung tahun itu jauh beribu batu, lama ditunggu, kemudian hari-hari berlalu begitu cepat, sekelip mata atau secepat kilat, tiba-tiba setahun telah tamat. Demikianlah umur kita, dilihat seolah-olah panjang, tetapi diterkam kematian, Malakul maut datang tanpa undangan. Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah Qaf ayat 19 :

وَجَآءَتْ سَكْرَةُ ٱلْمَوْتِ بِٱلْحَقِّ ۖ ذَٰلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ ١٩

Maksudnya : Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratulmaut” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya”.

Mungkin seseorang daripada kita berharap agar dipanjangkan umurnya, maka pelbagai angan-angan dan perancangan diatur, secara mendadak segala angan-angannya kabur, semua perancangannya berterabur, harapan dan cita-citanya semuanya hancur lebur.

Sedangkan umur yang panjang dan baik amalannya, lalu diredhai kehidupannya itulah sebaik-sebaik manusia. Sebagaimana Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa salam bersabda yang mafhumnya :

“Sebaik-baik manusia, orang yang panjang umurnya dan baik amalannya”

(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan bersedia dengan bekalan amal dan kebaikan. Semoga kita termasuk dalam golongan yang bertemu dengan Allah dengan husnul khatimah. Insya Allah.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] masa yang sama, umat Islam wajar sentiasa bermuhasabah diri pada setiap masa, adakah kita menepati sasaran yang dituntut oleh Allah Ta’ala supaya menjadi […]

Leave a Reply

Muhasabah Akhir Tahun
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more