Muhasabah Dan Azam Tahun Baharu : Pena Hijau

Muhasabah Dan Azam Tahun Baharu

20231020 palestin free palestine
Pertahankan Maruah Umat Islam
29 Dec 2023
20240112 jiran rumah kejiranan
Memperkasa Institusi Kejiranan
12 Jan 2024
20231020 palestin free palestine
Pertahankan Maruah Umat Islam
29 Dec 2023
20240112 jiran rumah kejiranan
Memperkasa Institusi Kejiranan
12 Jan 2024
20240104 azam tahun baharu
icon follow us

Muhasabah Dan Azam Tahun Baharu | Alhamdulillah, dengan rasa penuh kesyukuran, kita sekali lagi diberi peluang untuk melangkah kaki ke tahun baharu Masihi 2024. Sama ada kita sedar atau tidak, kedatangan tahun baharu ini sebenarnya menandakan usia kita semakin meningkat dan kita semakin menghampiri saat kematian.

Telah menjadi satu tradisi, apabila datangnya tahun baharu, kita menyambutnya dengan semangat yang baharu, azam baharu, diari baharu dan segala-galanya baharu. Sebenarnya dalam Islam, kita sentiasa dituntut untuk patuh dan taat kepada Allah pada setiap masa, dari awal tahun hingga akhir tahun, dari umur baligh hinggalah ke liang lahad. Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah Al Hijr, ayat 99 :

وَٱعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ ٱلْيَقِينُ ٩٩

“Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang tetap dan yakin (kematian)”

Apa pun, tidak menjadi kesalahan apabila tradisi dan budaya menyambut tahun baharu ini kita selarikan dengan kehendak dan tuntutan Syarak. Apabila ditanya mengenai azam, masing-masing akan menyatakan azam dan cita-cita dengan pelbagai nada dan bunyinya. Namun, agak jarang sekali kita dengar, orang yang menyuarakan cita-cita untuk menjadi hamba Allah yang lebih bertakwa, lebih pemurah, lebih patuh atau taat kepada hukum Allah dan lebih menghayati ajaran Islam secara menyeluruh.

Tidak salah untuk menanam azam. Tetapi biarlah seimbang dalam usaha mencari kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, usaha yang bersungguh-sungguh perlu disusuli supaya cita-cita dan azam tersebut menjadi realiti bukannya sekadar angan-angan kosong.

Justeru, kita sebagai umat Islam perlu lebih mengutamakan kebaikan, menjauhi kejahatan, bersifat amanah, bertanggungjawab, berdisiplin dan jujur dalam setiap gerak kerja.

Pada masa yang sama, umat Islam wajar sentiasa bermuhasabah diri pada setiap masa, adakah kita menepati sasaran yang dituntut oleh Allah Ta’ala supaya menjadi hamba yang taat. Kerana inilah asas utama dalam menyejajarkan diri dengan tujuan hidup yang sebenar, iaitu semata-mata untuk beribadat kepada Allah subhanahu wa ta’ala, bukannya mencari keseronokan duniawi semata-mata. Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah az-Dzariyat, ayat 56 :

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ٥٦

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku”

Setahun yang berlalu sudah pasti melakarkan catatan-catatan penting yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Jikalau pada tahun lalu, banyak kepincangan-kepincangan yang telah berlaku dalam kehidupan kita sama ada secara disengajakan atau tidak, maka pada tahun ini kita berazam untuk tidak mengulangi lagi kepincangan yang sama. Jikalau pada tahun lalu kita telah menempa beberapa kejayaan dan kecemerlangan, maka pada tahun ini biarlah kita mencipta kejayaan yang lebih baik daripada tahun sudah, kerana seorang muslim akan sentiasa mengarahkan diri mereka ke arah yang lebih baik. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang dikecam keras oleh Saidina Umar radhiallahu ‘anhu :

“Celakalah bagi orang muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esok lebih buruk dari hari ini”

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian serius oleh kita semua, ialah pengisian sambutan tahun baharu. Tahun baharu sepatutnya disambut dengan penuh rasa syukur kepada Allah; dengan berdoa atau menganjurkan program keilmuan, kerohanian dan kemasyarakatan yang boleh membina sahsiah dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala, bukannya melakukan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah subhanahu wa ta’ala.

Program-program seperti forum, munajat dan selawat perdana, turun padang santuni gelandangan, larian atau konvoi solidariti dan sebagainya, adalah wajar diperbanyakkan. Mudah-mudahan ia akan dapat mendekatkan diri kita, keluarga dan masyarakat dengan budaya hidup yang diredhai Allah dan selaras dengan syariat, sekaligus membibit kemanisan dan keindahan tatacara hidup Islami.

Semoga pada suatu masa nanti, program-program bermanfaat sebegini juga akan dapat membanteras terus apa jua acara sambutan tahun baharu yang salah, melalaikan dan dicemari unsur maksiat dalam kalangan masyarakat kita. Ingatlah amaran Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 75 :

ذَٰلِكُم بِمَا كُنتُمْ تَفْرَحُونَ فِى ٱلْأَرْضِ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ وَبِمَا كُنتُمْ تَمْرَحُونَ ٧٥

“Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa : “Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah dan disebabkan kamu bersenang-lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat)”

Sebagai kesimpulannya, marilah kita sama-sama menjadikan tahun baharu ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak dengan mencontohi peribadi Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam kerana Baginda adalah contoh terbaik sebagaimana ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 21 :

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا ٢١

“Sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah”

Adalah diharapkan juga moga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dan lebih cemerlang berbanding tahun-tahun lepas. Dalam mengimpikan hasrat ini, tekad dan usaha perlu berjalan selari, kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni, ia tidak akan dapat dicapai.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Muhasabah Dan Azam Tahun Baharu
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more