Tips Jimat : Duit Haram! : Pena Hijau
ANE 20230712 bas percuma pilihanraya
Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA/IPTS Sempena Pilihan Raya 12/8/2023
12 Jul 2023
ANE 20230723 pelajar tahfiz
Tawaran Pengambilan Pelajar Tahfiz Separuh Masa
23 Jul 2023
ANE 20230712 bas percuma pilihanraya
Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA/IPTS Sempena Pilihan Raya 12/8/2023
12 Jul 2023
ANE 20230723 pelajar tahfiz
Tawaran Pengambilan Pelajar Tahfiz Separuh Masa
23 Jul 2023
ANE 20230714 duit haram
icon follow us

Tips Jimat : Duit Haram! | Wahhhh! Pagi-pagi Jumaat, penghulu segala hari bagi tips macam ni! Apa benda duit haram ni? Duit hasil buat kerja-kerja haram ke?

Eh? Bukannnn….

Sebenarnya dalam tips kali ini, saya nak sentuh pasal bab “menyimpan duit” lagi! Dan teknik simpan duit ini, dinamakan sebagai TEKNIK SIMPAN DUIT HARAM.

Anda boleh gunakan teknik ini pada duit RM5 (hijau) atau duit RM20 (oren).

Caranya mudah sahaja!

Setiap kali anda menerima wang RM5 atau wang RM20 sekeping, anda perlu ANGGAP bahawa duit tersebut adalah “HARAM” digunakan. Oleh itu, anda perlu simpan duit tersebut di dalam sebuah tabung khas di dalam rumah anda!

Setiap kali dapat je duit RM5/RM20, terus masukkan dalam tabung tersebut. Jangan gunakan duit tu!

Setelah cukup 3/6/9/12 bulan, anda boleh buka tabung tersebut. Keluarkan semua duit dan simpan duit tersebut ke dalam bank pula.

Anda pasti akan terkejut dengan jumlah duit yang telah berjaya anda kumpulkan dengan menggunakan teknik “Duit Haram” ini!

Macam mana? Bolehkan?

Jika anda rasa RM20 tu macam sayang je nak simpan… Tak mengapa, mungkin anda boleh cuba dulu dengan duit RM5 sahaja. 🙂

Boleh kan?

Ringkas sahaja untuk tips kali ini! Walaupun agak ringkas dan simple, semoga anda dapat amalkan tips duit haram ni!

Untuk dapatkan lebih banyak tips jimat & simpan duit dari pelbagai aspek kehidupan, anda boleh dapatkan ebook di bawah.

123 tips jimat dan simpan

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Tips Jimat : Duit Haram!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more