Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA/IPTS Sempena Pilihan Raya 12/8/2023

Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA/IPTS Sempena Pilihan Raya 12/8/2023

ANE 20230712 automatik simpan
Tips Jimat : Automatik Simpan Lebih!
12 Jul 2023
ANE 20230714 duit haram
Tips Jimat : Duit Haram!
14 Jul 2023
ANE 20230712 automatik simpan
Tips Jimat : Automatik Simpan Lebih!
12 Jul 2023
ANE 20230714 duit haram
Tips Jimat : Duit Haram!
14 Jul 2023
ANE 20230712 bas percuma pilihanraya
icon follow us

Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA/IPTS Sempena Pilihan Raya 12/8/2023 | JEMPUTAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PERKHIDMATAN BAS PERGI DAN BALIK UNTUK MAHASISWA DAN MAHASISWI IPTA DAN IPTS YANG BERDAFTAR SEBAGAI PEMILIH DI KELANTAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DALAM PILIHAN RAYA 12 OGOS 2023

Susulan Kenyataan Media Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 17 Zulhijjah 1444 bersamaan dengan 06 Julai 2023 yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan bas pergi dan balik, bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi yang didaftarkan sebagai pemilih di negeri Kelantan menunaikan tanggungjawab memilih dalam pilihan raya yang telah dijadualkan pada 12 Ogos 2023 nanti, adalah dengan ini dipersilakan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS seluruh Malaysia yang berkenaan mengisi borang permohonan melalui Google Form di bawah dengan memilih tarikh-tarikh perjalanan ke Kelantan sama ada 6, 7, 8, 9, 10 atau 11 Ogos 2023 dan tarikh kembali ke destinasi asal pada 13, 14, 15, 16, 17 atau 18 Ogos 2023.

PERMOHONAN PERJALANAN KE KELANTAN PADA 6 – 11 OGOS 2023

Sila isi Google Form di bawah yang dibuka sehingga 17 Julai 2023 untuk pelajar yang berdaftar sebagai pemilih di Kelantan sahaja : https://forms.gle/25HyBY7fXjbEBX696

 

PERMOHONAN PERJALANAN BALIK KE DESTINASI ASAL PADA 13 – 18 OGOS 2023

Sila isi Google Form di bawah yang dibuka sehingga 17 Julai 2023 untuk pelajar yang berdaftar sebagai pemilih di Kelantan sahaja : https://forms.gle/WyN4Jfmj6htsX3Ct9

Kelulusan permohonan ini adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat sehingga ke had bilangan 15,000 orang terawal sahaja atau jumlah tambang mencapai had siling yang telah ditetapkan yang mana terlebih terdahulu.

Bagi mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS di Sabah dan Sarawak, perkhidmatan pengangkutan bas hanya akan disediakan bermula dari Kuala Lumpur sahaja.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa bilangan penumpang bas mengikut hari adalah sebagaimana jadual di bawah. Sekiranya jumlah penumpang harian telah mencapai jumlah limit maksima, pihak urus setia berhak menentukan tarikh lain selain daripada yang dimohon oleh mahasiswa dan mahasiswi berkenaan.

 

screenshot-www.kelantan.gov.my-2023.07.12-09_08_43

 

Senarai pemohon yang berjaya akan dipamerkan di laman sesawang rasmi Kerajaan Negeri Kelantan bermula pada 27 Julai 2023. Semua pemohon yang berjaya adalah bertanggung jawab untuk mengambil tiket-tiket bas sebagaimana cara yang akan ditentukan di dalam laman sesawang berkenaan.

Tiket-tiket bas hanya akan diberikan secara percuma kepada pemohon berjaya yang dapat mengemukakan dokumen asal

  • kad pengenalan berstatus warganegara (warna biru)
  • kad pelajar sebagai bukti pelajar IPTA dan IPTS
  • dokumen pengesahan sebagai pemilih Kelantan yang boleh disemak melalui laman sesawang Suruhanjaya Plihan Raya

Pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan pada waktu pejabat di talian telefon 09-7481180.

Sumber : https://www.kelantan.gov.my/index.php/component/content/article/138-pengumuman/959-perkhidmatanbas?Itemid=707

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA/IPTS Sempena Pilihan Raya 12/8/2023
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more