Menjaga Aqidah Islam : Pena Hijau

Menjaga Aqidah Islam

ANE 20230727 syakhsiah remaja
Syakhsiah Remaja Muslim
27 Jul 2023
ANE 20230811 silaturrahim
Islam Memelihara Keamanan Dan Silaturrahim
11 Aug 2023
ANE 20230727 syakhsiah remaja
Syakhsiah Remaja Muslim
27 Jul 2023
ANE 20230811 silaturrahim
Islam Memelihara Keamanan Dan Silaturrahim
11 Aug 2023
ANE 20230803 aqidah islam
icon follow us

Menjaga Aqidah Islam | Islam merupakan satu-satunya agama yang dapat menyelamatkan umat manusia di dunia dan di akhirat. Islam adalah agama yang paling sempurna, tidak ada ajaran dan pegangan yang paling baik dan indah selain yang dibawa oleh Islam.

Hanya Islam agama yang diredai dan diperakui oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah Ali Imran ayat 19 :

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ

Maksudnya : “Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah hanyalah agama Islam”

Lantaran itu, sebagai seorang muslim lelaki atau muslimah perempuan – masing-masing berkewajipan menjaga dan memelihara aqidahnya daripada sebarang perkara yang boleh menyebabkan aqidahnya rosak atau pun terbatal.

Aqidah yang rosak atau pun terbatal, boleh menyebabkan dia telah terkeluar daripada agama Islam yang sebenar atau pun dia menjadi murtad. Murtad boleh menyebabkan amalan kebaikan seperti ibadah yang telah dilakukannya sebelum itu akan binasa dan sia-sia sekiranya gejala murtad itu berterusan sehingga ke akhir hayatnya.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 217 :

وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌۭ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَـٰلُهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٢١٧

Maksudnya : “Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (agama Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang sedemikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya”

Akidah Islam merupakan perkara yang terpenting dan sensitif dalam agama Islam. Ia tidak dibenarkan untuk dipersenda atau dipermain-mainkan sama ada menerusi hati sanubari atau melalui perkataan atau pun perbuatan.

Pelakuan mempersenda atau mempermain-mainkan perkara aqidah Islam mengundang dosa yang besar dan membawa kepada terkeluar daripada landasan agama Islam atau murtad, sekiranya dia tidak bertaubat.

Antara contoh murtad yang dilakukan melalui hati ialah :

  1. Tidak mengakui dengan hati bahawa Allah sahaja yang layak disembah atau merasai syak mengenai kewujudan Allah subhanahu wa ta’ala
  2. Meragui kebenaran kitab Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa salam
  3. Enggan percaya kewujudan hari kiamat atau perkara-perkara berhubungan dengannya seperti syurga, neraka dan lain-lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Al Quran.

Ringkasnya, seseorang itu boleh menjadi murtad apabila dia mengingkari perkara-perkara yang disebutkan dalam Rukun Iman dan Akidah Islam.

Antara contoh murtad yang disebabkan oleh perbuatan ialah :

  1. Sengaja melakukan perbuatan yang membawa kepada kekufuran seperti menyamakan agama lain dengan Islam atau mengamalkan amalan-amalan yang menyamai amalan khusus agama lain.
  2. Perbuatan menghina kitab Al Quran atau mempersendakannya dalam sebarang bentuk.

Antara contoh percakapan yang menbawa kepada murtad ialah :

  1. Sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyalahi rukun Iman dan akidah Islam seperti mengatakan bahawa Allah itu dua, tiga, bukannya satu dan sebagainya.
  2. Dengan sengaja mengeluarkan kata-kata yang jelas menolak perintah atau larangan Allah subhanahu wa ta’ala

Banyak lagi contoh-contoh yang dinyatakan oleh para ulama Islam dalam kitab-kitab mereka. Kesemuanya perlu dipelajari dan diketahui secara terperinci bagi menyelamatkan diri daripada terlibat dengan gejala yang meruntuhkan aqidah seseorang.

Sebagai umat Islam, kita semestinya berwaspada dan berhati-hati dalam membicarakan mengenai soal-soal agama, apatah lagi isu-isu yang menyentuh akidah Islam.

Bagi individu yang sering menjadikan perkara agama sebagai bahan jenaka atau olok-olok dan mempermainkan perkara yang disepakati dalam agama Islam, tidak syak lagi tindakan itu boleh membawa kepada murtad.

Justeru, marilah kita terus mendalami dan memahami ajaran Islam dengan menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid, surau; mendengar kuliah-kuliah agama dan seumpamanya agar kita dapat menjaga dan memelihara keislaman kita dengan sebaik-baiknya.

Sama-samalah kita terus berdoa semoga hati kita tetap di atas landasan agama Allah ini, tidak terpesong sesudah kita diberi petunjuk dan dimatikan di dalam Islam.

Amin ya Rabbal alamin.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Menjaga Aqidah Islam
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more