
5 Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
26 Sep 2023
5 Jawatan Kontrak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
15 Oct 2023

2 Jawatan Kosong Di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (KoopGuru) | Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Warga Negara Malaysia yang berkelayakan serta sihat tubuh badan dan usia semasa semohon 21 hingga 35 tahun bagi mengisi jawatan berikut :
Jawatan : Penolong Eksekutif Kewangan
Syarat & Kelayakan
Akademik : Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma Perakaunan/Diploma Pengurusan Perniagaan/kelayakan profesional LCCI atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Kelayakan :
- Kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan lulus Matematik, serta keutamaan yang lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
- Fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang ini.
- Sanggup bekerja di luar waktu kerja dan di luar kawasan.
- Berpengetahuan dalam urusan-urusan perakaunan lengkap
Bidang Tugas :
- Penyediaan penyata kewangan koperasi
- Urusan kelulusan dan kawalan kredit (pembiayaan)
- Pengurusan aset koperasi
- Penyediaan laporan kewangan dan dokumen berkaitan bagi urusan pihak luar atau pihak ketiga
- Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Permulaan : RM1,623.00 sebulan
Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Syarat & Kelayakan
Akademik : Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma dalam bidang Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, Pengurusan Teknologi atau setaraf dengannya.
Kelayakan
- Kepujian Bahasa Melayu dan Matematik serta keutamaan yang lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
- Fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Sekurang-kurangnya 3 – 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang ini.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang dapat mengemukakan proposal sistem atau aplikasi pernah dibangun
- Sanggup bekerja diluar waktu kerja dan diluar kawasan.
Bidang Tugas
-
Bertanggungjawab ke atas sistem pengurusan koperasi dan pembangunan sistem termasuk menyelenggara sistem yang digunapakai
-
Bertanggungjawab ke atas promosi aktiviti koperasi melalui media sosial
-
Menjaga, mengemaskini dan membuat penyelenggaraan software dan hardware serta mengoperasi server
-
Merancang dan mengendalikan perolehan semua perkakasan, perisian, dan peralatan ICT lain di semua unit
-
Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Permulaan : RM1,632.00 sebulan
———————————-
Lain-Lain Kemudahan :
- Elaun Khidmat Koperasi (EKK)
- Elaun Sara Hidup (COLA)
- Kemudahan Perubatan
- Lain-lain kemudahan yang sedang berkuatkuasa di Koperasi.
Cara Memohon
Pemohon-pemohon yang berminat dijemput mengemukakan permohonan (cover letter) dengan memberi maklumat peribadi dan melampirkan salinan siil-sijil, dokumen-dokumen berkaitan serta sekeping gambar terbaru berukuran paspot kepada :
Setiausaha Lembaga,
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad,
Lot 2333, Bangunan Koop Guru Padang Bongor,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.
No Telefon : 09-7482481/7448093
(UP: Eksekutif Pentadbiran)
(email : Koperasigururecruitment@gmail.com)
web : https://koopguru.com.my/
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 12 OKTOBER 2023 (KHAMIS) JAM 4.00 PETANG