Perjalanan Terakhir Ustaz Mohd Sukri : Pena Hijau

Perjalanan Terakhir Ustaz Mohd Sukri

Lagu Islamik Selingan Taklimat Bajet Negeri
25 Sep 2023
20231013 perarakan maulid nabi
[Video] Perarakan Maulidur Rasul SAW Peringkat Masjid Pintu Geng
13 Oct 2023
Lagu Islamik Selingan Taklimat Bajet Negeri
25 Sep 2023
20231013 perarakan maulid nabi
[Video] Perarakan Maulidur Rasul SAW Peringkat Masjid Pintu Geng
13 Oct 2023
20231012 perjalanan terakhir ustaz mohd sukri haji daud
icon follow us

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Pertama sekali Abey ucapkan kepada penumpang-penumpang MYAirline yang terkandas atas pengumuman shock notice (bukan short notice) daripada pihak MYAirline berkenaan penangguhan operasi mereka. Dimaklumkan atas faktor kewangan. Apa la nasib penumpang-penumpang, mereka yang dah booking penerbangan awal dan kakitangan MYAirline.. Moga ada sinarnya..

Keduanya Abey ucapkan kepada keluarga pak sepupu Abey, Arwah Ustaz Mohd Sukri bin Haji Daud (Abey panggil Pok Yie). Beliau meninggal hari ini pada pukul 12.45 tengah malam tadi. Beliau adalah salah seorang anak kepada Haji Daud (Pak Nik Haji), imam pertama Masjid Mukim Pintu Geng. Arwah pernah mengajar di Sarawak dan terakhir mengajar di Kuala Krai, Kelantan. Solat jenazah untuk beliau telah diadakan pada pukul 11:00 pagi tadi dan dikuburkan di Kubur Chengal, Pintu Geng.

Sedikit sejarah Kubur Chengal ni, moyang Abey (Haji Muhammad bin Ahmad Al-Kelantani) wakafkan sebahagian tanah untuk dijadikan perkuburan orang kampung dan sebahagian lagi hanya untuk anak cucu cicit keluarga beliau. Sebab tu di Kubur Chengal ni, ada satu kawasan berpagar. Dalam kawasan berpagar tu ada kubur moyang Abey, Tok Ayah & Tok Abey, worih waroh Abe termasuk arwah Pok Yie.

Video perjalanan terakhir arwah

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta di masukkan ke dalam syurga, Amin ya Rabbal Alamin

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Perjalanan Terakhir Ustaz Mohd Sukri
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more