Bersegera Melakukan Kebaikan : Pena Hijau

Bersegera Melakukan Kebaikan

20231027 taubat dosa doa
Memelihara Diri Dari Dosa
27 Oct 2023
20101123 24434 solat sembahyang
Mujahadah Rasulullah SAW Dalam Beribadah
9 Nov 2023
20231027 taubat dosa doa
Memelihara Diri Dari Dosa
27 Oct 2023
20101123 24434 solat sembahyang
Mujahadah Rasulullah SAW Dalam Beribadah
9 Nov 2023
20231103 kebaikan derma masjid
icon follow us

Setiap ruang dan kesempatan masa seharusnya diisi dengan amal ibadah dan kebajikan. Bersegera dalam melakukan kebaikan merupakan sikap yang terpuji, sebagaimana perintah Allah dalam al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 148 :

وَلِكُلٍّۢ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا۟ يَأْتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ١٤٨

“Dan bagi setiap umat ada kiblat yang dihadapkannya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada, maka Allah tetap akan membawa kamu semua (pada hari Kiamat); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

Hadis Nabi SAW pula menyeru agar setiap muslim segera beramal sebelum datangnya 7 perkara sebagaimana berikut :

  1. Kefakiran yang akan melupakan kamu daripada kewajipan.
  2. Kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampaui batas.
  3. Penyakit yang membinasakan sehingga sukar untuk beramal soleh.
  4. Masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran.
  5. Kematian yang cepat dan secara tiba-tiba.
  6. Kemunculan Dajjal sebagai sejahat-jahat makhluk yang dinanti.
  7. Hari Kiamat yang sangat mengerikan.

Segelintir manusia gemar memilih sikap berlengah dengan mengatakan “nanti dulu”, “sekejap lagi”, “biarlah dulu” atau “nanti esok”. Semua itu bertujuan untuk menunda sesuatu pekerjaan yang baik.

Sikap suka bertangguh ini mengakibatkan kesan yang buruk dengan hasilnya sudah pasti tidak sempurna atau terbengkalai.

Orang yang suka bertangguh sebenarnya mencerminkan sikap tidak menghargai nikmat masa anugerah Allah. Masa sangat berharga kerana sedetik berlalu tidak akan berulang kembali dan tidak boleh dijual beli. Manusia yang mensia-siakan waktu adalah manusia yang mendapat kerugian di dunia serta akhirat. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr, ayat 1-3 :

وَٱلْعَصْرِ ١ إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ ٣

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan orang yang menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran”

Oleh kerana berlengah itu dapat mengundang kerugian dan bahaya, maka tidak hairanlah jika Nabi Muhammad SAW menyeru umatnya tidak membuang masa untuk melakukan kebaikan atau dengan kata lain bersegera melaksanakan kebaikan selagi ada kesempatan dan kelapangan.

Dalam satu hadis masyhur yang diriwayatkan al-Baihaqi, sabda nabi SAW (yang bermaksud) :

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu : masa sihat sebelum masa sakit; masa lapang sebelum sibuk; masa muda sebelum tua; masa kaya sebelum miskin; dan masa hidup sebelum mati”

Saranan bersegera melakukan pekerjaan atau amal ibadat ialah untuk meningkatkan keimanan dan ketaatan seseorang terhadap Allah. Orang yang beriman akan bersegera melakukan kebaikan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kita juga seharusnya bersegera memohon keampunan kepada Allah SWT demi menggapai nikmat syurgaNya yang maha luas sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ali Imran ayat 133 :

۞ وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ١٣٣

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Bersegera Melakukan Kebaikan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more