Kempen Hijau Untuk Palestin : Pena Hijau

Kempen Hijau Untuk Palestin

20231105 dinner 00
Majlis Makan Malam “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti”
6 Nov 2023
20231120 tot ispeks hafiz
Tiga Hari Kursus Di KPKT, Putrajaya
24 Nov 2023
20231105 dinner 00
Majlis Makan Malam “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti”
6 Nov 2023
20231120 tot ispeks hafiz
Tiga Hari Kursus Di KPKT, Putrajaya
24 Nov 2023
20231115 kempen hijau
icon follow us

Kempen Hijau Untuk Palestin | 2 3 hari sebelum, Abey ada terima banyak post dalam beberapa group whatsapp kempen “Wear Green For Palestine. Kempen memakai pakaian bertemakan hijau tanda solidariti dan sokongan kepada perjuangan di Palestin.

20231115 kempen hijau untuk palestin

Kat ofis Abey hari ni meriah outfit hijau..  Tapi hari ni Abey gi keje tak pakai baju warna hijau. Bini dah gosok baju lain.. Tapi tak pe.. Abey dah lama hijau. Nama blog ni pun Pena Hijau. Domain ni pun nama alkhudhri yang bermaksud hijau.

Warna hijau ni pun banyak jenis. Kalau tengok dekat laman web color-name ni, ada 1038 jenis variasi warna hijau. Banyak tu…

Kenapa kempen hijau? Bukan warna merah, hitam atau putih? Sebab hijau ni simbol harmoni, kedamaian bagi Palestin selain warna hijau ni pun salah satu warna yang ada kat bendera Palestin. Uniform tentera darat pun warna hijau…. damai dan back to nature, warna alam. Pakaian ahli syurga nanti pun dari sutera hijau (rujuk Surah Al-Insan ayat 21)..

عَـٰلِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌۭ وَإِسْتَبْرَقٌۭ ۖ وَحُلُّوٓا۟ أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍۢ وَسَقَىٰهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًۭا طَهُورًا ٢١

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, warna hijau ni melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi mahu pun santai. Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai efek rileksasi dan menenangkan.

Menenangkan… sebab tu lah baju doktor bedah warna hijau. Ada jugak yang warna biru. Selain dari sekadar kod etika pemakaian doktor, antara sebab lainnya dari segi kebersihan kerana warna hijau atau biru ni kontra dengan warna merah bagi darah selain untuk menyegarkan mata doktor setelah menumpukan warna merah darah dalam tempoh yang lama.

Apa-apa pun tahniah kepada mereka yang berjaya menyahut seruan kempen “Wear Green For Palestine” hari ni.

20231115 kempen hijau

Ya hazimal ahzab, ihzimhum! ihzimhum! ihzimhum! Wansurna ‘alaihim.

#WearGreen #WearGreenForPalestine #SavePalestine #FreePalestine #CuakIsrael #SolidarityForPalestine

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kempen Hijau Untuk Palestin
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more