Tiga Hari Kursus Di KPKT, Putrajaya : Pena Hijau

Tiga Hari Kursus Di KPKT, Putrajaya

20231115 kempen hijau
Kempen Hijau Untuk Palestin
15 Nov 2023
20231207 ikan duyung selamatkan budak lelaki
Kenangan Di Kulim, Kedah
7 Dec 2023
20231115 kempen hijau
Kempen Hijau Untuk Palestin
15 Nov 2023
20231207 ikan duyung selamatkan budak lelaki
Kenangan Di Kulim, Kedah
7 Dec 2023
20231120 tot ispeks hafiz
icon follow us

Tiga Hari Kursus Di KPKT, Putrajaya | Ahad lepas (19 Nov) Abey fly ke KLIA dari Kota Bharu jam 9 malam. Rasanya dah lama Abey tak naik flight atas urusan kerja. Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pun dah nampak progress dah…

20231119 airport kb kbr lapangan terbang sultan ismail petraGambar : Ruang menunggu pelepasan domestik

Sampai KLIA2, Abey naik KLIA Transit menuju ke Putrajaya Sentral. Susah betul nak dapat e-Hailing pukul 11 lebih. Nasib baik ada teksi. Naik teksi terus Abey gerak ke rumah adik Abey di Presint 14, Putrajaya. Sampai rumah adik Abey, lapar la… Tengok kat dapur, dalam peti sejuk.. Tak ada ape yang boleh makan. Maklum la rumah orang bujang. 2 orang adik Abey yang duk rumah ni bujang-bujang lagi. So sape-sape yang berminat nak jadi adik ipar Abey, boleh maklum kat mak Abey atau Abey sdiri ye.. 😛 Abey bermalam kat sana dulu malam tu…

Pagi Isnin, Abey terus gerak ke tempat kursus di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Presint 4 untuk menghadiri sesi Transfer of Technology (TOT) Data Migrasi iSPEKS selama 3 hari yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Wakil teknikal dan functional dari setiap negeri kecuali Sabah dan Sarawak hadir. Kelantan hantar 3 wakil teknikal termasuk Abey. Sesi selama 3 hari ni dikendalikan oleh En. Pauzi dan En. Ridzuan.

20231120 tot ispeks hafiz
Gambar : Sesi pengenalan oleh En Hafiz daripada Thetha

20231122 tot ispeks di KPKT PutrajayaGambar : En. Pauzi dan En. Ridzuan

Selama 2 malam, Abey stay kat Domitys Bangsar, Kuala Lumpur. Office dah sediakan penginapan kat sana. Apartment 3 bilik siap dengan breakfast. Jarang sewa apartment ada sedia makan pagi macam hotel. Breakfast pun okay la. Ada nasi lemak, pastry, bubur, sup, cereal, coffee maker, jus… not bad la. So sape-sape yang nak stay kat sini boleh booking kat pautan ni –> Domitys Bangsar Kuala Lumpur

20231122 domitys bangsar klGambar : View pintu masuk Domitys Bangsar, KL

20231120 bilik tidur utama domitys bangsar klGambar : Bilik utama apartment

20231120 kolam domitys bangsar klGambar : Kolam renang di Domitys Bangsar KL

20231121 breakfast di domitys bangsar klGambar : Sarapan pagi di Domitys Bangsar KL

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Tiga Hari Kursus Di KPKT, Putrajaya
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more