Tips Jimat : Track atau Rekodkan Perbelanjaan Anda
30 Nov 2023Panduan & Contoh Soalan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
4 Dec 2023Tebus Kredit e-Wallet (eMadani) RM100 Mulai 4 Disember | Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMADANI) akan dibuka mulai esok, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.
Mereka yang layak menuntut eMadani adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
- Mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023
Permohonan & penebusan eMadani boleh dibuat menerusi empat pilihan aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu :
- MAE
- ShopeePay
- Setel
- Touch n Go
Penggunaan kredit eMadani boleh digunakan untuk sebarang transaksi SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024 KECUALI untuk perkara berikut :
- Pemindahan ‘peer–to–peer’
- Penebusan tunai
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
- Pembelian permainan (‘games‘) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian