Giveaway Sampul Raya Rare 2024
11 Jan 2024Salam 03 Ramadhan 1445H
14 Mar 2024Hari ni start perjuangan Alya dan kawan-kawan dia menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK). Setelah bertungkus lumus belajar sejak darjah 2. Dalam whatsapp group KAFA pun, ustaz dan ustazah turut sama nervous dan bantu sediakan bahan pembelajaran tambahan untuk pecutan akhir UPKK serta memberi kata-kata nasihat dan doa.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Shamil, Ustazah Siti Fatimah, Ustazah Wan Nuraishah, Ustazah Aifaa serta pihak sekolah yang sabar mencurah ilmu kepada anak-anak kami dan mengadakan solat hajat untuk anak-anak kami.
Semoga dipermudahkan dan dilancarkan semua urusan Alya, para guru dan ustaz ustazah. Baru selesai UASA dah kena hadap UPKK.. Fuh.. Semoga yang terbaik untuk Alya.
Doa Untuk Peperiksaan Anak
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
(Al-Fatihah)
بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah,
Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami. Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu Ya Allah, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu.
Ya Allah,
Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai. Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami Ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat Ya Allah.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa kami ini.
1 Comment
[…] bertungkus lumus siang dan malam tanpa jemu menyediakan nota dan bahan ulangkaji tambahan serta mengadakan solat hajat untuk anak-anak kami. Semoga Allah mengganjarinya.. Aamiin Ya Rabbal […]