Surat Terbuka Untuk Puteriku Sayang : Pena Hijau

Surat Terbuka Untuk Puteriku Sayang

20231207 ikan duyung selamatkan budak lelaki
Kenangan Di Kulim, Kedah
7 Dec 2023
20240111 giveaway sampul raya 2024
Giveaway Sampul Raya Rare 2024
11 Jan 2024
20231207 ikan duyung selamatkan budak lelaki
Kenangan Di Kulim, Kedah
7 Dec 2023
20240111 giveaway sampul raya 2024
Giveaway Sampul Raya Rare 2024
11 Jan 2024
20240104 surat terbuka puteriku alya
icon follow us

Buat puteriku sayang,

Masih segar lagi dalam ingatan Abi pada pagi 1 Syawal, saat di mana orang lain bergembira, pergi sembahyang raya, ziarah sanak saudara… tapi Abi setia menunggu Ibu di hospital sejak jam 5 pagi. Dalam resah menunggu untuk menyambut kelahiranmu bersama Ibu… Mendengar tangisan pertamamu, itulah kegembiraan buat kami… malah buat Oma & Opa yang baru beroleh cucu sulung.

Duhai puteriku,

Saat kita ditimpa tragedi bah kuning tahun 2014… Air dalam rumah dah paras paha Abi. Mujurlah ada rumah sewa buruk peninggalan arwah Tok Abi. Rumah tu tinggi. Air bah tak masuk dalam. Ingat tak lagi, kita tinggal sekejap kat rumah lama tu. Abi bersyukur.. Alya tak banyak ragam walaupun kita berpanas, nyamuk banyak.. sikit pun Alya tak menangis… seolah-olah Alya faham situasi kita hadapi saat itu walaupun Alya baru je umur 2 tahun.

Ingat tak lagi tragedi Oktober 2018? Oma dan Opa kemalangan jalan raya. Oma cedera ringan, tapi Opa kritikal masa tu. Alya menangis bila Abi jemput Alya dari tadika. Alya menangis bagitau kat cikgu masa tu, tak nak Opa mati sampai Abi bergenang air mata. Tapi Abi tahan. Ingat tak lagi masa Oma sakit tahun 2022? Alya murung, sedih sebab dah tak dapat nak “gaduh” dengan Oma… Abi berharap, Abi diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dapat melihat anak Abi membesar menjadi seorang wanita.

Ramai yang cakap Alya lebih rapat dengan Abi berbanding Ibu sejak kecil lagi. Betullah orang cakap, seorang ayah adalah cinta pertama bagi anak perempuan. Insha Allah, Abi akan cipta banyak kenangan-kenangan indah semampu Abi sebelum cinta ini Abi serahkan kepada orang yang selayaknya.

Anakku sayang,

Hari ni, kamu berhias diri untuk ke majlis makan malam anjuran sekolah. Baru Abi tahu, anak Abi dah besar. Cantik walaupun simple. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.. Hahaha.. Abi dulu, sejak darjah 5 dah ada peminat. Masuk sekolah agama, ada juga peminat. Masuk MRSM pun jadi rebutan. Masuk universiti pun sampai orang Kristian pun minat kat Abi.. Sekarang ni pun masih ada lagi yang minat Abi walaupun dia tau Abi dah ada anak isteri. Tapi bukan ini yang Abi nak cerita…

Akhir kalam daripada Abi, sebagaimana yang selalu Abi pesan, belajarlah rajin-rajin sebagaimana Abi terima “hidayah” untuk belajar rajin selepas kantoi tiru sifir dalam exam masa darjah 3. Sekarang bukan masa untuk cinta cintun.. belum sampai masanya lagi. Belajarlah sampai ke menara gading.. bukan untuk Abi tapi untuk masa depan Alya. Terpaling penting jaga solat. Jaga aurat. Jaga adab. Berkawanlah dengan Al-Quran…

Abi
22 Jamadil Akhir 1445 / 04 Januari 2024
11:32 malam

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Surat Terbuka Untuk Puteriku Sayang
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more