Tiga Hari Kursus Di KPKT, Putrajaya
24 Nov 2023Surat Terbuka Untuk Puteriku Sayang
4 Jan 2024Kenangan Di Kulim, Kedah | Minggu lepas, mak ayah Abey pergi ke Kedah sebab adik ipar Abey bakal menimang cahaya mata yang keempat. Alhamdulillah, 1 Disember baru ni Abey dapat anak sedara baru. Selamat datang ahli baru Alkhudhrian… Tahniah buat adik Abey, Hang Lekir dan isteri.
Berbalik cerita cerita mak ayah Abey. Alang-alang sampai Kedah, mak ayah Abey pergi tengok-tengok rumah sewa kami dulu. Tempat Abey membesar dulu lewat tahun 80an. Rumah semi-D di Taman Bersatu, Kulim, Kedah. Kami berjiran dengan kaum India. Yang Abey ingat time kat rumah ni, Abey dengan adik Abey, Hang Jebat bergambar sambil berdiri atas motor honda lampu bulat milik ayah Abey. Tak tau la gambar tu ada lagi ke tak.. Takut rosak sebab banjir besar 2014 je… Satu lagi kenangan yang Abey ingat kat rumah ni, kami 2 beradik – Tuah & Jebat berbogel (masa ni Kasturi & Lekir kecik lagi. Hang Lekiu tak ada lagi) lepas balik dari mandi air terjun yang hampir….. (nanti Abey cerita kat bawah sekali).
Lepas tengok rumah sewa kami dulu, ayah pun melawat jugak la tempat dia mengajar dulu di MRSM Kulim. Sekarang dah naik taraf jadi Kolej MARA Kulim sejak tahun 1994.
Ni kenangan paling tidak boleh Abey lupakan masa duk kat Kedah. Masa tu family Abey pergi berkelah kat Air Terjun Junjong, Kulim. Ayah Abey mandi kat tempat air terjun tu. Mak masa tu duk jaga Hang Lekir yang masih kecil lagi. Abey pun nak la pergi kat ayah Abey. Abey meniti atas batu-batu.. ntah camana Abey tergelincir jatuh dalam air.. Abey lemas.. tengah duk lemas tu, Abey bleh nampak dalam air tu ada satu lubang gelap. Dalam hati Abey duk mengharapkan ada ikan duyung keluar dari lubang tu selamatkan Abey.. Hahaha..
Last-last, ayah Abey selamatkan Abey lepas dengan mak menjerit panggil ayah Abey. Alhamdulillah, umur Abey panjang lagi.. Tu la antara kenangan Abey kat Kulim, Kedah.