Amalan Bulan Syaaban : Pena Hijau

Amalan Bulan Syaaban

20240216 kiblat masjid aqsa palestin masjidil haram kaabah mekah
Ibrah Di Sebalik Pertukaran Kiblat
16 Feb 2024
20231027 taubat dosa doa
Keutamaan Zuhud Dalam Kehidupan
1 Mar 2024
20240216 kiblat masjid aqsa palestin masjidil haram kaabah mekah
Ibrah Di Sebalik Pertukaran Kiblat
16 Feb 2024
20231027 taubat dosa doa
Keutamaan Zuhud Dalam Kehidupan
1 Mar 2024
20240223 nisfu syaaban malam masjid bulan
icon follow us

Amalan Bulan Syaaban | Pejam celik pejam celik, kita berada dalam bulan Sya’ban dan sedang menanti-nanti kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak. Dalam  kesibukan sebahagian kita melaksanakan aktiviti dan perancangan sebelum kedatangan bulan puasa, tentunya bulan Sya’ban kurang dipandang penting. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya yang bermaksud :

“Bulan Sya’ban itu ialah bulan yang ramai manusia lalai tentangnya antara bulan Rejab dan Ramadan. Pada bulan Sya’ban diangkat amalan kepada Allah dan aku ingin amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”

(Hadis Riwayat an-Nasaie dan Ahmad)

Maka kerana itulah diriwayatkan bahawa Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Manakala malam Nisfu Sya’ban pula, terdapat beberapa hadis yang menyatakan kelebihannya, antaranya ialah :

“Sesungguhnya Allah memerhatikan hambaNya yang beramal pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampunkan kepada mereka, kecuali orang yang melakukan syirik atau orang yang bermusuhan”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Jumhur ulama daripada empat mazhab menyatakan sunat menghidupkan malam Nisfu Sya’ban secara umum dan siang harinya dengan berpuasa. Ia menjadi amalan para salafussoleh sejak berzaman lagi. Sewajarnya kita mencari peluang melakukan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala, dalam ruang lingkup yang dibenarkan syarak.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah Ali Imran, ayat 133 :

۞ وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ١٣٣

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orangorang yang bertaqwa”

Bulan Sya’ban yang berbaki ini adalah peluang terbaik untuk kita mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang ibadat harian, terutamanya berkaitan dengan ibadat puasa. Tanyalah diri masing-masing :

  • Adakah kita telah mengetahui hukum-hakam yang berkaitan puasa, serta perkara yang boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahalanya?
  • Adakah kita telah bersedia dengan ilmu fardu ain untuk kita menunaikan solat secara sempurna termasuklah solat-solat sunat seperti tarawih dan witir?
  • Bagaimanakah pula tanggungjawab zakat harta dan zakat fitrah?
  • Adakah kita telah tunaikan dengan berdasarkan ilmu dan bukannya sekadar ikutan?

Justeru, sebagai peringatan untuk kita semua :

  1. Eratkan hubungan silaturrahim dan persahabatan dengan sesama ahli keluarga dan sahabat handai. Janganlah kita termasuk dalam kalangan orang yang terlepas daripada pandangan rahmat Allah dan keampunan daripada-Nya.
  2. Pastikan kita telah melangsaikan puasa qada yang ditinggalkan pada tahun lepas sebelum masuknya Ramadan tahun ini. Ini bagi
    mengelakkan kita dikenakan fidyah ta’khir iaitu denda kerana melewatkan qada puasa.
  3. Bagi mereka yang ingin berpuasa sunat pada separuh kedua bulan Sya’ban, hendaklah menyambungnya dengan 15 Sya’ban atau melakukan puasa sunat secara beradat pada separuh pertama Sya’ban. Kecuali bagi orang yang berpuasa wajib seperti qada, nazar atau yang telah mempunyai adat berpuasa pada hari tertentu, maka tiada haram mereka berpuasa selepas 15 Sya’ban.
  4. Bersedia menghadapi bulan Ramadan dengan memperbaiki mutu bacaan al-Quran, serta menghadiri kelas bimbingan dan bertalaqqi
    dengan guru yang mahir. Ketahuilah bahawa bacaan al-Quran hendaklah diambil secara berguru dan bertalaqqi, bukan sekadar belajar sendiri tanpa berguru.
  5. Menghadiri kuliah atau pengajian fardu ain yang dianjurkan di masjid surau dan sebagainya, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan solat dan ibadat puasa. Ini bagi memastikan amalan yang dilakukan adalah sah dan diterima oleh Allah.
  6. Mengimarahkan malam nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan amal ibadat seperti bacaan al-Quran, istighfar, berdoa, bersedekah dan lain-lain amalan soleh.

Menutup kalam ini, marilah kita merebut peluang keemasan yang diberi Allah pada malam Nisfu Sya’ban dan baki-baki bulan ini. Semoga Allah subhanahu wa ta’ala melanjutkan usia kita sehingga dipertemukan dengan bulan Ramadan dan dianugerahkan malam Lailatul Qadar nanti.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Amalan Bulan Syaaban
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more