Ibrah Daripada Peristiwa Isra' Mi'raj : Pena Hijau

Ibrah Daripada Peristiwa Isra’ Mi’raj

20231020 palestin free palestine
Perpaduan : Iktibar Nakbah Palestin
26 Jan 2024
20231020 palestin free palestine
Kami Tidak Lupa Palestin
8 Feb 2024
20231020 palestin free palestine
Perpaduan : Iktibar Nakbah Palestin
26 Jan 2024
20231020 palestin free palestine
Kami Tidak Lupa Palestin
8 Feb 2024
20240202 isra miraj israk mikraj
icon follow us

Setiap kali tibanya bulan Rejab dan datangnya tanggal 27 Rejab, kita sentiasa diingatkan mengenai peristiwa Isra’ Mi’raj Nabi kita, Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam. Al-Isra’ bermaksud : Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam diperjalankan oleh Allah subhanahu wa ta’ala pada sebahagian waktu malam dari Makkah Al-Mukarramah ke Baitul Maqdis di Palestin. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam surah al-Isra’, ayat 1 :

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ ١

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

Manakala Al-Mi’raj pula bermaksud : Baginda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dibawa naik ke langit, seterusnya ke Sidratul Muntaha bagi menerima kewajipan solat lima waktu daripada Allah shollallahu ‘alaihi wa sallam. Sabda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :

“Kemudian telah dimi’rajkan (naik) kami ke langit”

(Hadis Riwayat Muslim)

Peristiwa Isra’ Mi’raj telah menjadi salah satu pembuktian keimanan terhadap kebenaran Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam kerana ia merupakan satu mukjizat iaitu perkara yang mencarik adat.

Ketika itu, ada juga yang tidak mempercayai peristiwa yang dialami oleh Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam tersebut, sehingga sebahagian daripada penduduk Mekah ragu-ragu terhadap agama Islam.

Akan tetapi, keimanan Saidina Abu Bakar rodhiallahu ‘anhu tidak sedikit pun goyah, sambil beliau berkata : “Demi Allah, jika itulah yang Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam katakan, sungguh dia berkata benar. Demi Allah, sesungguhnya dia pernah memberitahuku mengenai kedatangan wahyu kepadanya menerusi Jibril AS pada mana-mana waktu, malam ataupun siang, terus aku mempercayainya dan aku bersaksi bahawa beliau adalah utusan Allah yang sebenarnya”.

Peristiwa Isra’ Mi’raj ini, menghubungkan antara dua Masjid besar iaitu Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-Aqsa di Palestin,  sebelum Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam dinaikkan ke langit. Kedua-duanya merupakan masjid suci bagi kaum Muslimins.

Wilayah tersebut telah dibebaskan pada zaman Khalifah Umar bin Al- Khattab RA oleh pasukan tentera kaum Muslimin. Semenjak itu, bumi ini menjadi amanah dalam tangan umat Islam.

Lantaran itu, Sultan Abdul Hamid II, khalifah Uthmaniah Turki – ketika didatangi oleh wakil zionis Yahudi yang ingin membeli tanah Palestin pernah menegaskan : “Sesungguhnya aku tidak akan melepaskan Bumi Palestin kepada kamu meskipun sejengkal. Tanah Palestin bukanlah milikku, tetapi ia adalah milik kaum Muslimin. Selagi aku masih hidup, sekiranya jasad aku dikerat sekateh-sekateh sekalipun, aku tidak akan membiarkan bumi Palestin terlepas daripada pemerintahan Islam”.

Peristiwa Isra’ Mi’raj menjadi titik tolak bermulanya pensyariatan solat fardhu. Ibadat solat 5 waktu yang menjadi tonggak utama kewajipan seseorang muslim dan muslimah, tidak boleh dipandang ringan. Ia hendaklah dilaksanakan dan dihayati dengan teliti, agar dapat  mengelakkan seseorang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah Al-Ankabut ayat 45 :

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

“Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Baginda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam melalui peristiwa Isra’ Mi’raj ini, dipertunjukkan pelbagai keadaan manusia untuk dijadikan iktibar, antaranya :

  1. Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam menyaksikan bagaimana seseorang hidup dengan penuh kemakmuran dan mendapat hasil yang melimpah ruah tanpa terhenti. Ia adalah gambaran mereka yang memberikan sedekah kepada yang berhajat.
  2. Diperlihatkan golongan yang memukul kepalanya sendiri hingga berdarah dan pecah, kemudiannya diulang kembali keadaannya untuk diperlakukan sebagaimana sebelumnya. Ia adalah gambaran sesiapa yang sengaja meninggalkan kewajipan solat.
  3. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam juga diperlihatkan gelagat orang yang dihidangkan daging yang lazat untuk dijadikan makanannya, tetapi memilih daging yang mentah lagi busuk untuk dimasukkan ke dalam mulutnya. Ia sebagai gambaran golongan yang melakukan perzinaan sedangkan telah mempunyai pasangan yang dihalalkan oleh syara’.

Kesemua gambaran peristiwa yang ditunjukkan ini merupakan pengajaran dan ibrah kepada kita semua supaya ianya dapat menguatkan keimanan kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] Tidak Lupa Palestin | Dalam kita memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj yang dilalui oleh junjungan kita, Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam, perasaan kita […]

Ibrah Daripada Peristiwa Isra’ Mi’raj
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more