Perpaduan : Iktibar Nakbah Palestin : Pena Hijau

Perpaduan : Iktibar Nakbah Palestin

20230908 taubat istiqamah solat
Solat Membentuk Peribadi Mulia
19 Jan 2024
20240202 isra miraj israk mikraj
Ibrah Daripada Peristiwa Isra’ Mi’raj
2 Feb 2024
20230908 taubat istiqamah solat
Solat Membentuk Peribadi Mulia
19 Jan 2024
20240202 isra miraj israk mikraj
Ibrah Daripada Peristiwa Isra’ Mi’raj
2 Feb 2024
20231020 palestin free palestine
icon follow us

Perpaduan : Iktibar Nakbah Palestin | Antara nikmat yang menjadi impian orang yang beriman ialah dapat hidup dalam sebuah negara berdaulat, aman dan damai. Alhamdulillah, syukur negara kita dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan ciri-ciri tersebut. Walau bagaimanapun kita jangan lupa saudara kita di Palestin sedang berjuang mempertahankan Masjid suci ketiga bagi umat Islam, iaitu Masjid al-Aqsa di negara Palestin.

Sesungguhnya, nasib yang menimpa umat Islam sekarang ini adalah akibat daripada siri perancangan musuh sejak zaman-berzaman. Orang Yahudi memang tidak senang melihat perpaduan orang yang beriman. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah al-Ma’idah ayat 82 :

۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةًۭ لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةًۭ لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّا نَصَـٰرَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًۭا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ٨٢

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang yang beriman ialah orang yang berkata : “Bahawa kami ini ialah orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong”

Negara haram rejim Zionis telah ditubuhkan pada tahun 1948 dengan cara yang zalim dan membunuh ramai nyawa yang tidak berdosa di sebuah negara yang dikenali sebagai Palestin. Sebelum kemasukan Zionis, al-Aqsa dan Palestin diperintah dengan adil dan saksama oleh umat Islam. Pembukaan al-Aqsa kali pertama berjaya dilakukan semasa pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab daripada kerajaan Rom Timur. Menariknya, Saidina Umar telah melaksanakan dasar yang adil, dengan membenarkan orang Rom untuk terus kekal tinggal di situ bagi yang mahu, bahkan orang Yahudi yang asalnya hidup dalam buangan, dibenarkan untuk kembali ke Baitulmaqdis.

Rakyat pelbagai agama dan bangsa hidup dengan aman damai di bawah asas yang dibangunkan oleh Saidina Umar. Pun demikian semasa pemerintahan al-Hakim bin Amrillah, pemerintah Kerajaan Fatimiyyah, Palestin menyaksikan ketidakstabilan setelah kegagalan pemerintah mengekalkan perpaduan kaum dengan melakukan penindasan ke atas rakyat yang tidak sehaluan. Inilah yang mengundang kedatangan tentera Salib, menjarah Palestin selama 88 tahun pada kurun ke-12.

Baitulmaqdis ketika itu kembali suram. Al-Aqsa menjadi tempat penyembelihan ribuan nyawa yang tidak berdosa oleh tentera Salib, dan akhirnya dijadikan  kandang haiwan. Berlarutan episod duka ini hinggalah Allah menghantar Sultan Salahuddin al-Ayyubi untuk memimpin pembukaan kali kedua, pada tahun 1187.  Dasar keadilan diperkenalkan semula. Rakyat hidup dengan semangat perpaduan walaupun menganuti agama yang berbeza.

Agak malang, walaupun umat Islam memerintah Palestin untuk tempoh masa yang panjang, akhirnya perpaduan yang menjadi tonggak kekuatan negara, semakin lama semakin rapuh. Sebaliknya, semangat perkauman mula ditiupkan, khasnya oleh golongan orientalis yang dibentuk oleh pemimpin Zionis, menyebabkan timbulnya perasaan sangka buruk antara orang Arab dengan orang Turki Othmaniyyah. Dasar pecah dan perintah kuasa kolonial berjaya memecahbelahkan perpaduan Islam. Kemuncaknya, berlakulah pemberontakan kaum dan perang saudara sesama Islam yang menyumbang kepada kejatuhan Baitulmaqdis ke tangan penjajah British pada tahun 1917. Apa yang berlaku selanjutnya, adalah episod duka lara umat Islam di Palestin. Yahudi menerusi pertubuhan Zionis, menempel kekuatan British melobi agar Palestin nanti akan dijadikan negara milik bangsa mereka. Dan akhirnya pada tahun 1948, rejim Zionis itu secara rasminya menjajah Palestin dan menukar nama kepada negara Israel.

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah al-Ma’idah ayat 78 :

لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنۢ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ ٧٨

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh”

Berdasarkan pengalaman nakbah Palestin, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar, betapa pentingnya umat Islam bersatu atas dasar agama. Sedarlah, bahawa sebelum berlaku penjajahan tanah, pihak musuh khasnya Zionis dan sekutunya, akan melakukan penjajahan minda terlebih dahulu.

Banyak bentuk pemikiran moden seperti pluralisme, sekularisme dan liberalisme yang meracuni pemikiran umat Islam di Malaysia. Tujuannya untuk menjajah minda kita. Tujuannya ialah agar umat Islam hanya berkiblatkan barat. Tujuannya ialah agar umat Islam sendiri tidak berbangga dengan nilai ajaran Islam yang serba lengkap ini. Akhirnya, umat Islam hilang kekuatan. Hidup berpecah belah. Malu hidup berpaksikan syariat. Memencilkan undang-undang agama.

Marilah kita berusaha dan berdoa, agar perkara ini tidak berlaku di negara kita. Tetapi sekiranya umat Islam masih leka, sedarlah bahawa sesungguhnya tidak mustahil kedaulatan negara kita boleh dinodai oleh musuh Islam.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Perpaduan : Iktibar Nakbah Palestin
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more