Kami Tidak Lupa Palestin : Pena Hijau

Kami Tidak Lupa Palestin

20240202 isra miraj israk mikraj
Ibrah Daripada Peristiwa Isra’ Mi’raj
2 Feb 2024
20240216 kiblat masjid aqsa palestin masjidil haram kaabah mekah
Ibrah Di Sebalik Pertukaran Kiblat
16 Feb 2024
20240202 isra miraj israk mikraj
Ibrah Daripada Peristiwa Isra’ Mi’raj
2 Feb 2024
20240216 kiblat masjid aqsa palestin masjidil haram kaabah mekah
Ibrah Di Sebalik Pertukaran Kiblat
16 Feb 2024
20231020 palestin free palestine
icon follow us

Kami Tidak Lupa Palestin | Dalam kita memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj yang dilalui oleh junjungan kita, Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam, perasaan kita tentu bercampur baur, antara rasa bangga yang membunga di jiwa dengan rasa pedih yang menghiris hati.

Bangga, kerana Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam disambut oleh para penghuni langit. Baginda dibawa ke Sidratul Muntaha melalui perjalanan dengan ditunjukkan tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah subhanahu wa ta’ala. Baginda menerima anugerah agung, iaitu kefarduan solat, yang menjadi penghubung langsung antara hamba dengan Maha Pencipta.

Rasa pedih pula kerana pencerobohan demi pencerobohan dilakukan ke atas Masjidil Aqsa dan kekejaman terhadap saudara kita di sana.  Lebih teruk lagi, kuasa-kuasa besar dan tali barutnya secara terang-terangan bersekongkol bersama Zionis meratah dan meranapkan tanah suci umat Islam ini.

Sehingga kini, puluhan ribu anak kecil, wanita dan orang awam di Palestin terbiar tanpa pembelaan. Mereka ditindas, ahli keluarga mereka dibunuh dengan kejam dan anak-anak menjadi yatim piatu tanpa pembelaan mahu pun kasih sayang. Sudah banyak darah yang mengalir dan harta benda yang musnah, namun saudara kita di sana tetap tabah mempertahan bumi Israk Mikraj dan bumi para nabi ini. Tidakkah kita merasai di jiwa bahawa setiap hari penindasan yang mereka lalui adalah umpama arang yang menconteng wajah-wajah kita, seluruh umat Islam??

Allah subhanahu wa ta’ala telah memilih Baitul Maqdis sebagai destinasi Israk dan tempat permulaan Mikraj. Firman-Nya pada awal surah al-Isra’ :

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ ١

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”

Sekeliling masjid tersebut adalah bumi yang berkat, bahkan seluruh kawasan tersebut adalah diberkati dan merupakan negeri tempat perutusan ramai para nabi.

Semua ini memperingatkan kita agar tidak mengabaikan kesucian Masjidil Aqsa dan kehormatan bumi Palestin. Adalah tidak wajar untuk kita menyerah kalah dengan realiti yang berlaku sekarang; menerima pencerobohan Zionis ke atas bumi suci umat Islam dengan jiwa yang kalah. Bahkan, menjadi kewajipan kita untuk berjuang mengembalikan bumi Israk Mikraj ini ke bawah kekuasaan Islam dan umat Islam. Kerana ia adalah bumi dan tanah air Islam. Tiada siapa pun yang berhak berlaku khianat, menggadai atau menyerahkannya kepada umat lain.

Persoalan sekarang, apakah peranan yang boleh kita lakukan?

Benar, kemampuan kita agak terbatas. Namun, kita tetap wajib bertindak melakukan sesuatu, demi membebaskan bumi ini dan membela saudara muslimin kita di sana. Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah :

  1. Kita sebagai umat Islam, perlu menyedari akan kepentingan dan kedudukan Masjidil Aqsa dalam agama Islam.
  2. Memberikan segala bentuk bantuan dan solidariti kepada rakyat Palestin untuk terus kekal teguh tidak berganjak mempertahankan bumi mereka dan tanah suci al-Aqsa.
  3. Bergerak secara kolektif dalam membantah tindakan Zionis dan sekutu mereka, dan menyeru semua pihak mengembalikan hak
    dan kebebasan kepada rakyat Palestin.
  4. Menyumbang harta, tenaga serta kepakaran di dalam pelbagai bidang, mengikut keupayaan dan lapangan masing-masing bagi
    pembebasan Palestin.
  5. Sentiasa mendoakan agar negara kita dan tanah air umat Islam seluruhnya terpelihara daripada rencana jahat musuh.

Kesusahan yang dialami Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabat adalah tidak jauh beza dengan keadaan yang kita hadapi sekarang. Oleh itu, perteguhkanlah keyakinan dan pergantungan kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Mulakanlah dengan memperbaiki hubungan kita dengan Allah menerusi solat yang kita kerjakan. Tunaikan segala tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Nescaya,
Allah akan mengurniakan kejayaan dan kepimpinan kepada kita sebagaimana yang dikurniakan kepada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabat rodhiallahu ‘anhum. In Sya Allah, bumi Palestin pasti dibebaskan.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Kami Tidak Lupa Palestin
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more