Panduan & Contoh Soalan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) : Pena Hijau

Panduan & Contoh Soalan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

20231203 kredit emadani
Tebus Kredit e-Wallet (eMadani) RM100 Mulai 4 Disember
3 Dec 2023
20231210 kalendar 2024
Kalendar 2024
10 Dec 2023
20231203 kredit emadani
Tebus Kredit e-Wallet (eMadani) RM100 Mulai 4 Disember
3 Dec 2023
20231210 kalendar 2024
Kalendar 2024
10 Dec 2023
20231204 ujian psee spa psikometrik
icon follow us

Panduan & Contoh Soalan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) | Anda terima emel/panggilan untuk menduduki ujian Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) secara dalam talian? Tahniah!!! Ini bermakna permohonan anda sudah memasuki fasa seterusnya dan inilah peluang untuk anda membuktikan anda benar-benar layak untuk mendapat jawatan yang dipohon. Anda juga boleh semak permohonan anda melalui laman web rasmi SPA di URL https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk :

  1. Mengecilkan jumlah calon – Ujian ini adalah cara termudah untuk mengecilkan jumlah calon yang layak untuk sesuatu jawatan yang dipohon
  2. Mencari perwatakan tertentu – Setiap jawatan memerlukan calon memiliki perwatakan tertentu disebabkan skop dan tanggungjawab pekerjaan yang berbeza

Soalan dalam ujian PSEE berbentuk objektif dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Soalan yang diberikan berdasarkan jawatan yang dipohon dan mengikut keperluan jawatan. Semakin tinggi gred jawatan yang dipohon, semakin luas skop soalan yang ditanya. Pihak SPA boleh menggabungkan soalan yang terdiri daripada :

  1. Pengetahuan Am
  2. Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Kefahaman Bahasa Inggeris
  4. Ujian Psikometrik

PANDUAN & TIPS

  1. Ambil perhatian perkara penting seperti Tarikh peperiksaan, Waktu & Tempoh Menjawab, Format Peperiksaan dan Pautan (Link) untuk memasuki peperiksaan
  2. Pastikan rangkaian internet anda stabil. Sebaiknya gunakan komputer riba untuk memudahkan anda.
  3. Bersedia lebih awal untuk masuk ke pautan yang disediakan agar anda tidak kelam kabut dan dapat menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya.
  4. Ketahui format soalan (Periksa emel anda).
  5. Dapatkan idea jelas aspek penilaian di setiap seksyen.
  6. Gunakan rujukan (contoh soalan) yang terkini dan betul. Terdapat banyak contoh soalan di internet, namun pastikan anda baca/ulangkaji contoh soalan yang valid.
  7. Buat latihan semaksima mungkin.

Anda juga boleh baca ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah sebagai bacaan tambahan.

CONTOH SOALAN

Berikut merupakan contoh-contoh soalan.

Contoh Soalan 1 : Saya merasa bersalah sekiranya tidak dapat hadir pada masa yang dijanjikan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 2 : Saya akan melakukan apa sahaja kerja untuk mendapatkan apa yang saya idamkan.

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Contoh Soalan 3 : Sesekali saya akan melepaskan kemarahan kepada kerja bawahan saya apabila rasa tertekan.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Contoh Soalan 4 : Walaupun meja kerja saya berselerak tetapi saya tahu dimana saya meletakkan barang saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 5 : Dalam penyelesaikan masalah, saya memberi banyak idea berbandingkan orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 6 : Seandainya saya seorang guru, saya lebih gemar mengajar subjek berasaskan fakta berbanding subjek berasaskan teori.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 7 : Saya lebih suka berkawan dengan individu yang sentiasa mempunyai idea baharu berbanding individu yang berpendirian realistik.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 8 : Setiap orang layak diberikan peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan mereka.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 9 : Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Contoh Soalan 10 : Sabar dan tidak cerewet adalah tabiat saya.

  • Ya
  • Tidak

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila lauari laman web rasmi SPA di pautan berikut: https://www.spa.gov.my/.

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] online tu. Semuanya soalan psikologi. Jawab dengan jujur je. Boleh baca posting Abey sebelum ni, Panduan & Contoh Soalan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Apa yang penting, ambil perhatian dengan tarikh peperiksaan, masa peperiksaan dan tempoh menjawab. […]

Panduan & Contoh Soalan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more