Ziarah Kubur Keluarga : Pena Hijau

Ziarah Kubur Keluarga

20240331 calon ptd m41 2024
Keputusan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 2024/2025
30 Apr 2024
20240523 dhuyufurrahman 01
Alhamdulillah, Mak Ayah Menjadi Dhuyufurrahman
24 May 2024
20240331 calon ptd m41 2024
Keputusan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 2024/2025
30 Apr 2024
20240523 dhuyufurrahman 01
Alhamdulillah, Mak Ayah Menjadi Dhuyufurrahman
24 May 2024
20240519 ziarah kubur keluarga
icon follow us

Amalan ziarah kubur adalah suatu amalan yang menjadi kelaziman dan tradisi turun-temurun dalam masyarakat kita khususnya ketika musim perayaan dan sebagainya. Tujuan kita menziarah ke tanah perkuburan adalah untuk berdoa dan menyedekahkan ayat-ayat suci kepada insan-insan yang telah lebih awal pergi menghadap Allah subhanahu wa ta’ala.

Umumnya, hukum ziarah kubur adalah sunat mengikut kepada pendapat yang sahih. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam :

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

“Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah”

(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain pula, ada menceritkan bahawa Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam menziarahi kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang di sampingnya turut sama menangis, lalu baginda bersabda :

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

“Aku meminta izin daripada Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”

(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat banyak sebab mengapa Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam menggalakkan ziarah kubur. Amalan itu memberi manfaat kepada orang ramai, baik yang hidup mahupun yang sudah mati :

  1. Dapat menunaikan hak sebagai seorang Muslim ke atas Muslim yang lain.
  2. Mengingatkan kita agar sentiasa mengingati mati bagi menginsafkan diri.
  3. Mengambil ikhtibar agar selalu mengingati alam barzakh dan hari akhirat.
  4. Memberi keinsafan kepada kita bahawa kematian adalah sebahagian daripada qada Allah yang perlu diterima oleh semua makhluk Nya.

Jadi sempena permusafiran Mak Ayah Abey pada 23hb nanti, May Ayah Abey berhajat nak ziarah kubur-kubur keluarga. Lepas Asar Khamis lepas, Abey dengan Mak Ayah Abey ziarah kubur keluarga Mak di Kubur Besar Kampung Kutan Hilir, Tumpat.

20240519 kubur kutan hilir 00

20240519 kubur kutan hilir 01
Ni kubur Tok Wan (Wan Fatimah) & Tok Ayah Wan (Wan Ismail) sebelah Mak Abey
20240519 kubur kutan hilir 02
Ni kubur Ma (Wan Hasnah). Mak saudara & Kakak pada Mak Abey

Ahli keluarga yang lain, keturunan Wan semua di”simpan” kat sini… “Wan Clan”…

Pagi Jumaat pulak, kami ziarah kubur-kubur keluarga sebelah Ayah Abey pulak.

Ziarah kubur Tok-Tok Saudara, Keluarga Tuan Guru Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad di Kubur Bunut Payong, Kota Bharu. Kubur ni betul-betul bersebelahan dengan Masjid Mukim Bunut Payong.

Kemudian, ziarah kubur Moyang Abey, Haji Saleh. Ayah kepada Tok Ayah Abey (Haji Mahmood) di Kubur Tambak, Kampung Pasir Kota, Kota Bharu.

20240519 kubur tambak kampung pasir kota

Dan kubur terakhir, kami ziarah Kubur Chengal, Kampung Pintu Geng, Kota Bharu. Di kubur ni, adanya Moyang-Moyang Abey (Tuan Guru Haji Muhammad bin Lebai Ahmad Al-Kelantani & Hajah Lijah), Tok (Hajah Zainab binti Haji Muhammad dan Tok Ayah (Haji Mahmood bin Haji Saleh).

20240519 kubur chengal kampung pintu geng 01
Kenapa kubur ni berpagar dari kubur lain? Diceritakan sebahagian tanah perkuburan ni diwakafkan oleh Moyang Abey. Jadi Moyang Abey peruntukan sebahagian tanah ni hanya untuk anak menantu keturunan beliau.
20240519 kubur chengal kampung pintu geng 02
Gambar atas pusara Moyang-Moyang Abey. Gambar bawah pusara Tok & Tok Ayah Abey.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ziarah Kubur Keluarga
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more