Solat Benteng Iman : Pena Hijau

Solat Benteng Iman

20230922 nabi muhammad saw
Akhlak Nabi SAW Pedoman Ummah
12 Sep 2024
20241101 scammer tabayyun penipuan
Bertabayyun Bagi Mengelakkan Penipuan
31 Oct 2024
20230922 nabi muhammad saw
Akhlak Nabi SAW Pedoman Ummah
12 Sep 2024
20241101 scammer tabayyun penipuan
Bertabayyun Bagi Mengelakkan Penipuan
31 Oct 2024
20101123 24434 solat sembahyang
icon follow us

Solat Benteng Iman | Solat 5 waktu yang ditunaikan dengan sempurna rukun dan syaratnya, menjadi benteng kepada pelakunya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Ini bermakna, seandainya seseorang yang dilihat menunaikan solat secara zahirnya tetapi dia masih mengekali perbuatan mungkar dan dosa, ia adalah berpunca daripada solatnya yang tidak memenuhi peraturan solat yang dikehendaki dalam Islam.

Sahabat, Abdullah bin Masud RA menyatakan yang bermaksud :

“Sesiapa yang solatnya tidak menghalangnya daripada perbuatan keji dan mungkar, dia akan berjauhan daripada keredaan Allah”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Solat merupakan ibadah yang membezakan antara individu muslim dan kafir. Orang yang mengerjakan solat akan sentiasa berada dalam  pemeliharaan Allah subhanahu wa ta’ala dan bantuanNya lantaran keimanannya kepada titah perintah Penciptanya dan pelaksanaannya terhadap kehendak agamanya.

Manakala individu yang meninggalkan solat, hidupnya jauh daripada keberkatan Allah subhanahu wa ta’ala, bakal diselubungi oleh keluh kesah yang membawa kepada kekusutan jiwa dan menjauhi rahmat Allah subhanahu wa ta’ala. Di akhirat nanti, mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.

Sabda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :

“Barangsiapa yang meninggalkan solatnya secara sengaja, terlepaslah dia daripada jaminan Allah dan RasulNya”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Mengerjakan solat dengan khusyuk dan sempurna akan menjadikan kita sentiasa berada di atas jalan keredaan Ilahi, memiliki jiwa yang baik, mampu bersabar dengan tenang dalam menghadapi sebarang ujian dunia dan selalu bersyukur atas apa yang dikurniakanNya.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Baqarah, ayat 45 – 46 :

وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَـٰشِعِينَ ٤٥ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُوا۟ رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ ٤٦

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya”

Terdapat galakan daripada Baginda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam yang menganjurkan umatnya agar mendirikan setiap fardu solat secara berjemaah dengan menjanjikan 27 ganjaran lebih besar berbanding solat bersendirian. Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :

“Solat secara berjamaah lebih utama daripada solat bersendirian dengan 27 kali gandaan”

(Muttafaqun ‘alaih)

Dalam pada itu, Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam amat menitik-beratkan secara khusus kepentingan menunaikan solat waktu Isya dan Subuh bagi dikerjakan secara berjamaah melalui sabda Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :

“Sesiapa yang menunaikan solat Isya secara berjamaah seolah-olah dia berqiamullail sebahagian malam, dan barangsiapa yang menunaikan solat Subuh secara berjamaah seolah-olah dia bersembahyang keseluruhan malam”

(Hadis Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, beberapa pengajaran yang perlu menjadi renungan kita bersama :

  1. Solat merupakan tiang agama yang mempunyai banyak kelebihan dari sudut kerohanian, kesihatan fizikal dan mental yang amat bermanfaat untuk kesejahteraan hidup setiap manusia.
  2. Ibu bapa berkewajiban memastikan anak-anak mendirikan solat dengan sempurna. Didiklah mereka untuk terus mendirikan solat secara istiqamah, walau dalam apa jua keadaan. Bawalah mereka bersama ke masjid dengan bimbingan dan pemantauan.
  3. Pihak pengurusan masjid dan surau disyorkan agar bersikap bijaksana dan kreatif dalam menjadikan masjid satu tarikan kepada ahli qaryah untuk mendirikan solat secara berjemaah.
  4. Solat fardu yang dilakukan secara berjemaah mampu mendekatkan hubungan setiap hamba dengan Allah subhanahu wa ta’ala, di samping dapat mengukuhkan hubungan sesama manusia, yang natijahnya membentuk masyarakat yang saling berkasih-sayang, mengenali dan bersatu padu.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Solat Benteng Iman
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more