Anak-Anak Amanah Allah : Pena Hijau

Anak-Anak Amanah Allah

20240523 dhuyufurrahman 01
Lambaian Haji Menggamit Kerinduan
15 May 2025
20250526 hadis ketawa 01
Larangan Ketawa Yang Melampau
26 May 2025
20240523 dhuyufurrahman 01
Lambaian Haji Menggamit Kerinduan
15 May 2025
20250526 hadis ketawa 01
Larangan Ketawa Yang Melampau
26 May 2025
20240422 keputusan upkk 2023 1
icon follow us

Anak-Anak Amanah Allah | Anak-anak merupakan kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang amat berharga kepada kedua ibu bapa mereka. Mereka adalah ladang pahala dan penerus zuriat keturunan bagi kedua ibu bapa. Sabda Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

إِذَا مَاتَ الْإِنسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ، إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya”

(HR Muslim : No. 1632)

Kesemua bapa dan ibu mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membesar dan mentarbiah anak-anak sebagai kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berharga tersebut.

Pengajaran agama dan pendidikan akhlak sewajibnya diterapkan kepada anak-anak bermula dari usia mumayyiz iaitu mengerti dalam membezakan perkara baik dan buruk. Pada peringkat ini, anak-anak perlu ditarbiah dengan kesopanan, tertib ternim dan sifat pemalu. Ini kerana karakter dan keperibadian anak-anak mudah dilentur pada usia tersebut. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biar dari rebung“. Hal ini perlu diberi perhatian yang lebih, terutama kepada anak-anak perempuan kerana mereka bakal menjadi ibu pada suatu masa nanti.

Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

مَنْ كُنَّ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ يُؤْوِيهِنَّ وَيَرْحَمُهُنَّ وَيَكْفُلُهُنَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ الْبَتَّةَ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَإِنْ كَانَتْ اثْنَتَيْنِ قَالَ وَإِنْ كَانَتْ اثْنَتَيْنِ قَالَ فَرَأَى بَعْضُ الْقَوْمِ أَنْ لَوْ قَالُوا لَهُ وَاحِدَةً لَقَالَ وَاحِدَةً

“Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan yang dididiknya, dikasihinya dan diperliharanya, pastilah syurga tempat baginya. Baginda Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ditanya : Wahai Rasul, jika anak hanya seramai dua orang? Baginda Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menjawab : Sekalipun dua orang! Sebahagian sahabat berpandangan sekiranya ada yang menanyakan, jika anak hanya seorang, Baginda Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam akan menjawab : Walaupun seorang anak perempuan”

(HR Ahmad : No. 14247)

Demikianlah pentingnya kedua ibu bapa mengasuh dan mendidik anak-anak terutama anak perempuan yang bakal memasukkan kedua ibu bapa mereka di dalam syurga Allah Subhanahu Wa Ta’ala di akhirat kelak.

Kesedaran untuk terus membimbing dan memberikan cakna secara berterusan kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja perlu digembelingkan bersama guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG).

Sebarang tindakan awal dapat membendung gejala sosial daripada merebak dan berleluasa yang akhirnya bakal membawa kepada natijah yang lebih parah, terjerumus ke lembah jenayah dan penyalahgunaan dadah, hatta mengingkari perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah At-Tahriim ayat 6 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ٦

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras. Mereka tidak menderhaka Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka. Tetapi mereka melakukan apa yang diperintahkan”

Banyak pendekatan yang boleh dilakukan oleh para penjaga bagi membantu pentarbiahan anak-anak. Antara saranan yang dianjurkan :

  1. Membimbing anak-anak di rumah dengan memberi penekanan kepada pendidikan agama
  2. Menguatkan pegangan akidah sebagai asas dalam pegangan hidup mereka
  3. Melazimkan amalan solat berjemaah bersama anak-anak di masjid dan surau
  4. Melatih mereka mencintai Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan membaca Al-Quran
  5. Memantau dan menasihati mereka agar memilih rakan yang baik dan berakhlak

Akhirnya, sebagai nasihat kepada kedua ibu bapa sekalian, lapangkanlah masa untuk bersama dengan anak-anak, agar kesempatan yang berharga sedemikian akan dikenang dan dihargai oleh mereka apabila kita telah meninggal dunia. Mereka adalah amanah Allah kepada kita.

Bagi anak-anak pula, berilah kerjasama kepada ibu bapa. Taat kepada nasihatnya. Kerana mereka adalah kunci pintu syurga bagi kita.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Anak-Anak Amanah Allah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more