Pengalaman Temuduga Peningkatan Kerjaya - Santai Tapi Bermakna

Pengalaman Temuduga Peningkatan Kerjaya – Santai Tapi Bermakna

20250331 ucapan raya idilfitri 1446h
Salam ‘Idilfitri : Ucapan Istimewa Buat Keluarga, Sanak Saudara & Sahabat Handai
30 Mar 2025
20250516 hari guru cikgu pensyarah
Selamat Hari Guru – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
16 May 2025
20250331 ucapan raya idilfitri 1446h
Salam ‘Idilfitri : Ucapan Istimewa Buat Keluarga, Sanak Saudara & Sahabat Handai
30 Mar 2025
20250516 hari guru cikgu pensyarah
Selamat Hari Guru – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
16 May 2025
20250514 temuduga peningkatan kerjaya
icon follow us

Kelmarin (13 Mei), Abey berpeluang menghadiri satu sesi temuduga untuk peningkatan kerjaya. Temuduga ni dijalankan oleh dua orang panel – YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman dan seorang wakil daripada jabatan kerajaan. Nak kata formal, taklah sangat. Suasananya lebih santai, tapi tetap penuh makna.

Sebelum hadir temuduga tu, Abey memang dah prepare awal-awal dah segala sijil dan dokumen yang diperlukan. Terima kasih kepada Kak Linda dan Izza yang dah sediakan Laporan LNPT, Pengesahan Ketua Jabatan dan Ringkasan Perkhidmatan. Cuma yang terkilannya, Abey tak dapat Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok yang mana dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Menghadiri Temuduga sama ada secara fizikal atau dalam talian termasuk dalam kategori Mengambil Peperiksaan. Boleh rujuk Kemuduhan Cuti dalam laman web JPA.

20250514 jpa peperiksaaan temuduga

Seawal pukul 4 pagi, Abey revise balik nota-nota yang Abey buat, dasar-dasar kerajaan… siap-siap kemas fail, kemaskan diri dan periksa semula semua dokumen yang diperlukan. Beres.. Lepas solat Subuh, tawakkal kepada Allah.

Lepas salam dan cium tangan Mak Ayah, rutin biasa Abey pagi-pagi, hantar Alya ke sekolah. Temuduga Abey pukul 10 pagi. Jadi masih ada masa la sekejap untuk revise nota buat kali terakhir. Entah kenapa ada rasa berdebar walhal dah banyak kali kot temuduga. Abey cuba cool. 😎 Bila mana Abey dipanggil masuk ke bilik temuduga, Abey bagi salam dan serahkan dokumen dan sijil-sijil Abey.

Macam biasa, jarang-jarang orang dapat sebut nama Abey dengan makhraj yang betul. Hahaha.. boleh terbelit lidah. Bila sesi bermula, setelah Abey perkenalkan diri, panel-panel tanya soalan secara santai-santai je. Antara soalan mereka lebih kepada pengalaman kerja Abey, sifat-sifat/value diri yang perlu ada, matlamat diri dalam tempoh 5 tahun akan datang.. Lebih kurang macam tu je soalan-soalan panel. Alhamdulillah, kalau ada soalan teori pun 1 je… berkaitan System Development Life Cycle (SDLC). Mati-mati Abey study pasal dasar-dasar kerajaan, hafal visi misi, itu ini… tapi panel tak tanya pun. Hahaha…

Lebih kurang 30 minit berbual, nampak la tanda-tanda positif tu.. Bila tamat sesi tu, Abey ucapkan terima kasih kepada panel-panel sebab bagi Abey peluang dan Abey keluar dengan hati yang agak lega. Tak kisahlah apa pun keputusan nanti, sama ada Abey berjaya atau tak, Allah adalah sebaik-baik perancang… 😊

p/s : Masuk kerja dengan mata rabak… mengantuk… kalau la dapat CTR, mesti Abey “qada” tido… sebab tido 3 jam je 😂

#PengalamanTemuduga #PeningkatanKerjaya #SantaiTapiBerisi

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Pengalaman Temuduga Peningkatan Kerjaya – Santai Tapi Bermakna
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more