
Salam Aidilfitri : Rebut Ganjaran Akhir Ramadhan & Raih Kemenangan
27 Mar 2025
Fenomena Istiwa A’zam : Panduan Lengkap Semakan Arah Kiblat
25 May 2025

Sumber Rujukan Al-Quran dan Hadis | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog Abey 😊
Kalau korang perasan, dalam setiap penulisan yang menyentuh tentang Islam, terutamanya yang berkaitan dengan ayat al-Quran dan hadis, Abey sangat menitikberatkan aspek ketepatan dan kesahihan sumber sama ada di blog ni alkhudhri.com atau pun laman web Masjid Muhammad Ahmadi (https://mm-ahmadi-pg.blogspot.com/). Bila kita menyentuh soal agama, tanggungjawab kita besar. Jadi, di sini Abey kongsikan bagaimana rujukan dibuat di blog ni dan laman web masjid.
Untuk ayat-ayat al-Quran, Abey menggunakan laman web rasmi https://quran.com/ms sebagai sumber utama dan turut sediakan pautan kepada ayat-ayat tersebut. Laman ni bukan saja mesra pengguna, tapi juga menyediakan tafsiran ayat dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. Nak dengar bacaan pun boleh. Mudah sangat nak cari ayat berdasarkan surah, ayat, atau kata kunci tertentu.


Manakala untuk hadis-hadis, Abey akan mulakan pencarian dengan bantuan ChatGPT (yup, AI pun boleh bantu bila digunakan dengan bijak 😄). Teks hadis dan nombor hadis yang diperoleh kemudian akan dirujuk secara sahih melalui laman web https://sunnah.com, yang mengumpulkan pelbagai koleksi hadis daripada kitab-kitab utama seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain. Portal My Hadith daripada JAKIM ada, tapi tak membantu. Bila buat carian, terpapar “Sedang dikemaskini, tiada rekod dijumpai”.



Abey percaya dengan gabungan teknologi dan disiplin rujukan yang betul, kita semua boleh menyampaikan ilmu agama dengan lebih tepat dan mudah difahami. Jadi, jangan risau – setiap ayat dan hadis yang dipetik, telah dirujuk dan disemak sumbernya sebaik mungkin.
Terima kasih kerana terus menyokong blog ini. Semoga setiap bacaan kita menjadi ilmu yang bermanfaat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 🤲
#SumberRujukan #AlQuran #HadisSahih