
Cara Buat Duit Dengan Klikjer
1 Dec 2023

Bunga Telang: The Blue Flower That’s More Than Just Pretty! | Assalamu ‘alaikum dan salam sejahtera guys! Kali ni Abey nak share satu benda best — tentang bunga telang. Ala, bunga biru yang selalu kita nampak orang buat nasi kerabu tu. Nampak cute je kan? Tapi korang tahu tak, manfaat bunga telang ni power habis!
Before that, ni info atau fakta berkenaan bunga telang.
Nama Umum | Bunga Telang |
Nama Inggeris | Butterfly Pea |
Nama Saintifik | Clitoria Ternatea |
Asal | Asia Selatan dan Asia Tenggara |
Ciri-Ciri |
|
💧Glowing Skin, Siapa Tak Nak?
Ada satu jurnal nama dia Molecules tahun 2021, katanya kalau kita sapu air bunga telang kat kulit, kulit jadi lebih lembap sampai 70% lebih tinggi! Wow kan? Simple je, rendam bunga telang dalam air, lepas tu dab-dab sikit kat muka. Feeling spa kat rumah terus 😍. Boleh baca kajian penuh yang membincangkan ciri spektral, kestabilan dan sifat antioksidan ekstrak antosianin bunga ni :
💆♂️ Rambut Pun Sayang Dia
Cuba bayangkan — rambut korang makin kuat, lebat, tak gugur merata. Dalam Journal of Ethnopharmacology (2012), bunga telang terbukti membantu kuatkan akar rambut. Just ambil air bunga telang, sapu kat kepala, biar sekejap then bilas. Natural hair tonic gitu! Boleh baca jurnal ni yang ada menyebutkan tentang manfaat bunga telang dalam kesihatan rambut seperti merawat keguguran rambut (alopecia), menggalakkan pertumbuhan rambut, merawat kelemumur dan masalah kulit kepala.
🍬 Nak Control Gula Dalam Darah? Boleh!
Bunga telang ni bukan setakat cantik. Dia pun ada kuasa kawal gula dalam darah. Dalam kajian tahun 2018 (BMC Complementary Medicine & Therapies), lepas 30 minit minum teh bunga telang, paras gula dan insulin boleh turun. Yang ada isu gula, boleh cuba! Boleh baca rujukan ni.
🛡️ Antioksidan Geng Bunga Telang
Ni yang best. Bunga ni bukan sekadar antioksidan biasa.
- Ternatins – Ini yang bagi warna biru. Tapi bukan itu je… dia lawannya sel kanser! 🔥
- Kaemphferol – Yang ni, macam “assassin”. Serang dan bunuh sel kanser terus! (Molecules, 2019)
- p-Coumaric acid – Ala-ala security guard. Halang penyakit datang.
- Delphinidin-3,5-glucoside – Stimulate imun badan. Macam bagi energy boost kat “tentera badan” kita. Lepas tu dia buat serangan hendap kat sel kanser. Savage!
Boleh rujuk kajian/jurnal ni…
- Vidana Gamage GC, Lim YY and Choo WS (2021) Anthocyanins From Clitoria ternatea Flower: Biosynthesis, Extraction, Stability, Antioxidant Activity, and Applications. Front. Plant Sci. 12:792303. doi: 10.3389/fpls.2021.792303
- Jeyaraj EJ, Lim YY, Choo WS. Extraction methods of butterfly pea (Clitoria ternatea) flower and biological activities of its phytochemicals. Journal of Food Science and Technology. 2021 Jun;58(6):2054-2067
- Chayaratanasin, P., Caobi, A., Suparpprom, C., Saenset, S., Pasukamonset, P., Suanpairintr, N., … Adisakwattana, S. (2019). Clitoria ternatea flower petal extract inhibits adipogenesis and lipid accumulation in 3T3‑L1 preadipocytes by downregulating adipogenic gene expression. Molecules, 24(10)
- Escher GB, Marques MB, do Carmo MAV, Azevedo L, Furtado MM, Sant’Ana AS, da Silva MC, Genovese MI, Wen M, Zhang L, Oh WY, Shahidi F, Rosso ND, Granato D. Clitoria ternatea L. petal bioactive compounds display antioxidant, antihemolytic and antihypertensive effects, inhibit α-amylase and α-glucosidase activities and reduce human LDL cholesterol and DNA induced oxidation. Food Res Int. 2020 Feb;128:108763.
🌿 Kesimpulan
Kadang-kadang kita tengok bunga telang ni macam simple je kan? Tapi dalam dia penuh manfaat. Dari kulit, rambut, sampai sistem imun — semua dia boleh bantu. Lagi best, dia semulajadi dan selamat.
Kalau korang ada tanam pokok bunga telang kat rumah, jaga elok-elok. Banyak guna dia. Abey pun ada satu pokok jugak ni. Siap dikeringkan lagi. Ni pun dah ada orang booking.. 🤭
Pernah cuba minum teh bunga telang? Atau guna untuk kulit/rambut? Share kat ruangan komen okay. Jangan lupa tekan Like, Share dengan kawan-kawan dan follow blog ni untuk cerita-cerita best yang lain.
📬 Jumpa lagi kat post akan datang. Jaga diri, stay glowing! 💙