
Segmen Blogwalking – Jejak Jiwa Dalam Cerita : Mengunjungi Hati Penulis Lain
17 Aug 2025

Sekitar awal tahun 2000-an, hidup Abey berubah seketika akibat sebuah kemalangan motorsikal di Pasir Mas. Malam itu, dalam perjalanan mengambil adik bongsu pulang dari pusat tuisyen, motor Abey terlanggar lubang jalan. Topi keledar pula tercabut, kepala hampir-hampir terkena batu penanda jalan. Syukur Allah masih pelihara dan diberi kesempatan untuk bernafas lagi.
Akibatnya, Abey cedera di bahagian paha dan pinggul, sampai sebulan lebih terpaksa bertongkat. Waktu itu, ada Pak Uda, bapa saudara Abey cadangkan untuk berurut di sebuah tempat di kampung. Alhamdulillah, selepas rawatan, keadaan beransur baik.
Sakit Berulang Selepas Beberapa Tahun
Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, rasa sakit lama datang kembali. Kadang-kadang di bahagian kaki, ada masa melarat sampai ke pinggang. Bayangkan nak rukuk, nak bangun daripada sujud, bangun daripada tidur/baring… boleh rasa betapa seksanya…
Biras pernah bawa Abey berurut di Bachok dan kawan sepejabat pula syorkan seorang tukang urut di Jalan Long Yunus, Kota Bharu. Menariknya, tukang urut kat Jalan Long Yunus boleh tahu Abey pernah kemalangan bila dia urut-urut kat bahagian kaki Abey — walhal Abey tak pernah cerita!
Hikmah di Sebalik Ujian
Walau pun sekarang keadaaan kaki Abey dah baik, tapi kadang-kadang sakit tu boleh datang dengan tiba-tiba. Nak tunduk ambil wudhuk pun, kalau Allah nak uji, boleh “tangkap” terus kaki dan pinggang sampai terduduk.. Apatah lagi kalau berdiri lama yang boleh buat Abey rasa tak selesa kat pangkal paha dan pinggang. Bila dikenang, Abey sedar Allah masih beri peluang untuk terus sihat walaupun ada sakit-sakit kecil yang datang sekali-sekala. Ia juga jadi peringatan untuk lebih jaga kesihatan, elakkan angkat berat sembarangan dan sentiasa amalkan gaya hidup sihat. Semoga ianya menjadi asbab penghapus dosa-dosa Abey.
Pernahkah anda mengalami sakit lama datang balik selepas bertahun-tahun sembuh? Jom kongsikan pengalaman di ruang komen di bawah. Jangan lupa tekan butang Like 👍, Share 🔄, dan Subscribe 💬 untuk terus ikuti perkongsian menarik di blog ini.