Isu Jalur Gemilang Salah Design – Jangan Hanya Salahkan IT atau Grafik : Pena Hijau

Isu Jalur Gemilang Salah Design – Jangan Hanya Salahkan IT atau Grafik

20250906 involve asia affiliate marketing
Involve Asia – Cara Mudah Jana Pendapatan Online Melalui Affiliate Marketing
6 Sep 2025
20250917 resume
Tips Menulis Resume Mantap untuk Tarik Perhatian Majikan
17 Sep 2025
20250906 involve asia affiliate marketing
Involve Asia – Cara Mudah Jana Pendapatan Online Melalui Affiliate Marketing
6 Sep 2025
20250917 resume
Tips Menulis Resume Mantap untuk Tarik Perhatian Majikan
17 Sep 2025
20250915 jalur gemilang salah design
icon follow us

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ni Abey ada buat posting berkenaan isu Jalur Gemilang yang salah design (Boleh rujuk di sini). Ingatkan kes dah makin kurang, rupanya hari ni Abey dapat info lagi – ada persatuan pegawai tadbir yang turut tersilap dalam menghasilkan rekaan bendera kita. Adeii… 😅 Persatuan kumpulan P&P pun boleh buat silap, inikan pula orang awam.

20250915 jalur gemilang salah design

Sebenarnya, perkara ni bukan soal siapa yang buat design. Janganlah cepat sangat salahkan geng IT, grafik artis atau kerani yang sediakan bahan promosi jabatan atau syarikat. Kesilapan tentang rekaan rasmi Jalur Gemilang ni berlaku sebab kurang pendedahan dan kurang semakan.

Kenapa Kesilapan Rekaan Bendera Malaysia Sering Berlaku?

  1. Kurang pengetahuan tentang spesifikasi rasmi – Ramai tak tahu bahawa Jalur Gemilang ada susunan jalur dan bentuk tertentu yang WAJIB dipatuhi.
  2. Ambil mudah bila guna sumber internet – Kadang-kadang kita muat turun imej bendera dari Google tanpa semak ketepatannya.
  3. Tiada rujukan rasmi – Bagi yang jarang terlibat dalam rekaan rasmi, mereka mungkin tak pernah lihat panduan sebenar daripada Jabatan Penerangan. Boleh rujuk post Abey sebelum ni. Abey ada sediakan Peraturan dan Garis Panduan Penggunaan Bendera Malaysia.

Kesimpulan

Bila perkara ni berlaku, ia mengingatkan kita bahawa Jalur Gemilang bukan sekadar kain bercorak merah, putih, biru dan kuning. Ia lambang kedaulatan negara. Jadi, amatlah penting kita jaga ketepatan dan martabatnya.

Apa-apa pun, Abey dan seluruh team Alkhudhri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh pembaca yang setia.

Terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua. Semoga perkongsian ini membuka mata kita tentang pentingnya ambil serius hal-hal yang nampak kecil tetapi melibatkan simbol kebangsaan.

Jangan lupa like, share dan subscribe blog ni untuk lebih banyak perkongsian menarik dari Abey!

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Isu Jalur Gemilang Salah Design – Jangan Hanya Salahkan IT atau Grafik
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more