
Tips Menulis Resume Mantap untuk Tarik Perhatian Majikan
17 Sep 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baru-baru ni Abey ada tulis pasal resume, kali ni Abey nak sambung sikit tentang topik yang selalu buat orang keliru – apa beza resume dengan CV (Curriculum Vitae)? 🤔 Ramai yang fikir kedua-duanya sama, tapi sebenarnya ada perbezaan yang ketara.
Bila nak mohon kerja atau peluang akademik, penting untuk tahu dokumen mana yang sesuai digunakan. Silap pilih, boleh jadi kurang menarik perhatian majikan atau panel penilai.
📌 Perbezaan Resume & CV
Abey ringkaskan dalam jadual supaya lebih jelas :
Perkara | Resume | CV (Curriculum Vitae) |
---|---|---|
Panjang | 1-2 muka surat | 3-10 muka surat (atau lebih) |
Tujuan | Permohonan kerja (swasta/kerajaan) | Akademik, penyelidikan, luar negara |
Isi Kandungan | Maklumat peribadi, ringkasan diri, pengalaman kerja, pendidikan, kemahiran, pencapaian | Semua isi resume + penyelidikan, penerbitan, pembentangan, sijil, keahlian profesional |
Gaya Penulisan | Ringkas, padat, straight to the point | Terperinci, formal, lengkap |
Penggunaan di Malaysia | Paling biasa digunakan untuk mohon kerja | Digunakan dalam bidang akademik/penyelidikan |
📖 Bila Perlu Guna Resume dan Bila Perlu Guna CV?
- Kalau nak mohon kerja di syarikat swasta atau kerajaan, resume adalah pilihan terbaik.
- Kalau nak apply jawatan akademik, biasiswa atau peluang luar negara, CV lebih sesuai sebab ia paparkan rekod lengkap perjalanan kerjaya.
🎯 Kesimpulan
Ringkasnya, resume lebih kepada highlight pengalaman relevan untuk satu jawatan, manakala CV adalah rekod penuh perjalanan akademik dan kerjaya seseorang.
Jadi, sebelum hantar permohonan kerja atau peluang akademik, pastikan pilih dokumen yang betul. Ingat ya, kadang-kadang beza kecil ni boleh beri kesan besar pada first impression majikan atau penilai.
Terima kasih banyak atas doa dan ingatan daripada semua. Semoga perkongsian Abey ni bermanfaat dan boleh jadi panduan untuk pembaca yang tengah merancang kerjaya masing-masing. 🌸
👉 Apa pendapat anda? Pernah tak keliru antara resume dan CV sebelum ni?
Jom kongsikan pandangan di ruangan komen. Jangan lupa like, share dan subscribe blog ini supaya lebih ramai dapat manfaat.