
Isu Jalur Gemilang Salah Design – Jangan Hanya Salahkan IT atau Grafik
15 Sep 2025
Perbezaan Resume dan CV – Panduan Lengkap Untuk Kerjaya & Akademik
18 Sep 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau sebut pasal resume, mesti ramai yang mula rasa pening. Ada yang kata resume tu sekadar kertas formal untuk mohon kerja, tapi sebenarnya resume ni adalah senjata pertama yang akan menentukan sama ada majikan berminat untuk panggil kita ke sesi temuduga atau tidak.
Abey sendiri percaya resume bukan sekadar senarai pengalaman, tapi ia adalah cerita ringkas tentang siapa diri kita – ditulis dengan kemas, padat dan mampu membuatkan pembaca rasa “eh, calon ni menarik juga!“.
Apa Itu Resume Sebenarnya?
Resume ialah dokumen ringkas (selalunya 1–2 muka surat) yang memuatkan :
- Maklumat peribadi (nama, nombor telefon, email, alamat ringkas)
- Ringkasan diri / objektif kerjaya
- Pengalaman kerja (yang relevan dan penting)
- Pendidikan & kelayakan akademik
- Kemahiran tambahan (contohnya IT, bahasa, kepimpinan, teamwork)
- Pencapaian / sijil profesional
Resume berbeza dengan Curriculum Vitae (CV) yang lebih panjang dan terperinci. Jadi, resume perlu ringkas tapi “power“! Next post Abey akan terangkan perbezaan resume dan CV ni..
Tips Menulis Resume Yang Mantap
- Padat dan ringkas – Jangan masukkan semua cerita sejak zaman sekolah rendah 😅. Fokus pada perkara yang relevan dengan jawatan.
- Gunakan kata kunci – Banyak syarikat guna sistem automasi. Jadi gunakan kata kunci berkaitan jawatan (contoh: “Laravel”, “Data Analysis”, “Project Management”).
- Highlight pencapaian, bukan tugas semata – Contoh: “Berjaya tingkatkan trafik laman web jabatan sebanyak 40% dalam masa 6 bulan”.
- Reka bentuk kemas & profesional – Jangan terlalu fancy sampai majikan pening nak baca.
- Semak ejaan & tatabahasa – Nampak kecil, tapi salah ejaan boleh beri imej kurang serius.
Kenapa Resume Penting?
Sebab resume ni first impression. Majikan biasanya ambil masa kurang dari 1 minit untuk scan resume. Kalau tak menarik perhatian, kemungkinan besar resume tu akan disisihkan. Jadi, resume yang baik boleh jadi “ticket” untuk masuk ke sesi temuduga.
Kesimpulan
Resume bukan sekadar dokumen. Ia adalah cerita diri yang kita persembahkan dengan cara paling ringkas dan menarik. Jadi, ambil masa untuk buat resume dengan betul. Jangan copy-paste bulat-bulat contoh dari internet. Nanti Abey akan kongsikan beberapa contoh resume dalam post akan datang. Search je atau klik tag resume. Korang bolehlah edit untuk sesuaikan dengan diri, pengalaman dan jawatan yang dipohon.
Terima kasih atas doa dan ingatan daripada semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat, khasnya buat yang sedang mencari kerja atau ingin upgrade resume masing-masing.
👉 Korang ada pengalaman menarik masa hantar resume? Pernah kena reject sebab resume atau dapat pujian sebab resume cantik? Jom share pengalaman di ruangan komen. Jangan lupa like, share dan follow blog Abey supaya lebih ramai dapat manfaat.