3 Jawatan Tetap di Majlis Daerah Tangkak
12 Jul 20235 Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
26 Sep 2023Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, KM 19, JALAN KUALA KRAI, 16450 KOTA BHARU, KELANTAN.
Jawatan Kosong
- Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J41 (Tetap)
- Pegawai Undang-Undang L41 (Kontrak)
- Penolong Pegawai Penilaian W29 (Kontrak)
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operai) N19 (Kontrak)
- Pembantu Operasi N11 (Tetap)
- Pembantu Awam H11 (Tetap)
Muat turun iklan jawatan, syarat lantikan dan cara memohon.
Cara Mohon
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang boleh diperolehi dengan : –
- Pembelian terus di Kaunter Sahagian Perbendaharaan, Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, KM 19 Jalan Kuala Krai, 16450 Kota Bharu, Kelantan.
- Pembelian secara online melalui laman web Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam https://mdketereh.kelantan.gov.my [rujuk cara bayaran di (2)]
- Borang juga boleh didapati dengan menghantar sampul surat 20cm x 23cm bersetem, dan · beralamat sendiri kepada Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
- Bayaran secara online boleh dibuat melalui Perbankan Elektronik kepada Majlis Daerah Ketereh melalui RHB No. 25302500001325 dan Bank Islam No. 03120010000711. Sila kembarkan butir – butir pembayaran dan hanya borang yang dilampirkan beserta resit bayaran/cetakan resit bayaran RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh sahaja yang akan diproses.
- Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan berserta dengan resit semasa mengembalikan borang permohonan.
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan I Profesional serta sekeping gambar terbaru berukuran pas port dan dokumendokumen lain sebagai sokongan.
- Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengikut Peraturan 17. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :
TUAN YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM KM 19, JALAN KUALA KRAI
16450 KOTA BHARU
KELANTAN - Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
- Pemohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap permohonan tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 SEPTEMBER 2023