Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana, Tanggungjawab Bersama : Pena Hijau

Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana, Tanggungjawab Bersama

20231103 kebaikan derma masjid
Seikhlas Kasih Sejuta Harapan
16 Nov 2023
20231201 aqidah kaabah kiblat islam
Peliharalah Akidahmu
1 Dec 2023
20231103 kebaikan derma masjid
Seikhlas Kasih Sejuta Harapan
16 Nov 2023
20231201 aqidah kaabah kiblat islam
Peliharalah Akidahmu
1 Dec 2023
20231130 bencana musibah banjir
icon follow us

Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana, Tanggungjawab Bersama | Bencana atau musibah ialah apa jua yang boleh menyebabkan kesusahan atau penderitaan seperti penyakit, kemalangan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Salah satu bencana yang berlaku pada musim tengkujuh ialah banjir yang boleh menyebabkan kerugian harta benda, kerosakan tanaman dan kadangkala mengakibatkan kemalangan nyawa.

Pada umumnya, musibah atau bencana ini boleh dilihat daripada tiga kategori :

Pertama : Musibah “Ammah” iaitu bencana muka bumi dan manusia seperti banjir, ribut taufan dan gempa bumi. Firman Allah dalam surah al-Ankabut, ayat 14 :

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًۭا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمْ ظَـٰلِمُونَ ١٤

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)”

Kedua : Bencana yang menimpa manusia sahaja, sebagaimana firman Allah dalam surah Hud, ayat 94 :

وَلَمَّا جَآءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا شُعَيْبًۭا وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥ بِرَحْمَةٍۢ مِّنَّا وَأَخَذَتِ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ ٱلصَّيْحَةُ فَأَصْبَحُوا۟ فِى دِيَـٰرِهِمْ جَـٰثِمِينَ ٩٤

“Dan tatkala datang perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang yang zalim itu dibinasakan oleh suara yang keras, lalu jadilah mereka mayat yang tersungkur di rumah mereka”

Ketiga : Musibah yang melibatkan individu, sebagaimana firman Allah dalam surah Thoha, ayat 97 :

قَالَ فَٱذْهَبْ فَإِنَّ لَكَ فِى ٱلْحَيَوٰةِ أَن تَقُولَ لَا مِسَاسَ ۖ وَإِنَّ لَكَ مَوْعِدًۭا لَّن تُخْلَفَهُ…ۥ

“Nabi Musa berkata kepada Saamiri: Pergilah, kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: Jangan sentuh daku, dan sesungguhnya telah dijanjikan untukmu balasan Akhirat yang engkau tidak akan terlepas darinya…”

Tidak berlaku sesuatu peristiwa atau bencana melainkan tersirat hikmah-hikmah tertentu seperti :

  1. Untuk diperlihatkan kepada seseorang, hakikat diri sendiri dan hubungannya dengan mukmin yang lain, bagi menimbulkan keinsafan atas kesilapan dan kelalaian diri untuk diperbaiki.
  2. Ujian bencana atau kenikmatan hidup ialah untuk dibuktikan seteguh mana kesabaran dan mendalam mana kesyukuran kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
  3. Musibah yang menimpa sebagai amaran supaya tidak terus berada dalam kancah maksiat.
  4. Bencana atau penderitaan yang dihadapi bukan kerana balasan buruk tetapi satu proses keampunan Allah subhanahu wa ta’ala. Sabda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :

“Apa jua yang menimpa seseorang muslim seperti kesukaran, penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan dan kemurungan, sekalipun tertusuk duri, Allah menghapuskan dosa-dosanya (kerana kesabarannya)”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Persediaan menghadapi bencana yang lebih terfokus kepada musibah banjir, apa yang boleh dirumuskan bahawa, bencana tahunan ini meliputi ketiga-tiga jenis musibah, iaitu bencana alam yang menyebabkan kerosakan harta benda, mendatangkan kesulitan dan penderitaan kepada manusia secara keseluruhan atau individu. Sementara itu, tidak dinafikan musibah ini juga mempunyai ciri-ciri hikmah yang sama; iaitu untuk menjadikan kita insaf, sabar dan bertanggungjawab, di samping memupuk sifat bantu membantu sama ada berbentuk tenaga, makanan dan wang ringgit kepada yang memerlukan, serta redha tanpa menyalahkan takdir.

Musibah ini juga mendorong kita supaya sedar dan lebih insaf atas kecuaian dan kerakusan kita melanggar syariat Allah. Di samping itu, adalah diharapkan semoga musibah yang menimpa sebagai proses penghapusan dosa dan mengangkat darjat orang yang sabar. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 155 :

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍۢ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ ١٥٥

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar”

Dengan adanya kesedaran terhadap bentuk-bentuk bencana dan hikmahnya, kita wajib bersedia menghadapinya dengan penuh keinsafan dan menjadi tanggungjawab bersama, kerana musibah tidak menimpa individu atau kelompok yang cuai sahaja, tetapi melibatkan juga mereka yang tidak berdosa. Justeru bersiap sedialah menghadapi bencana banjir dengan panduan-panduan berikut :

  1. Membuat persediaan seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa, sama ada menjalankan ikhtiar mencegah faktor-faktor bencana atau untuk menyelamatkan diri dan harta.
  2. Memberi kerjasama kepada agensi kerajaan dan badan-badan penyelamat dalam usaha menyelamatkan mangsa yang terlibat.
  3. Sentiasa bersedia untuk menghadapinya dengan kesabaran. Sabar dengan mengawal diri daripada kutuk mengutuk, daripada keluhan dan bertindak di luar batas.
  4. Hadapilah bencana dengan sentiasa insaf dan redha dengan melafazkan : إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
  5. Hindarkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah sebelum dan semasa ditimpa musibah dan sesudahnya.
  6. Tidak terlalu tertekan dengan musibah dan tidak berputus asa, kerana ujian yang diterima ada hikmahnya, serta sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala.

Akhirnya, marilah kita bersiap sedia menghadapi bencana dengan mengambil langkah berwaspada dari segi fizikal, minda dan rohani berdasarkan panduan Islam dan arahan pihak berkuasa.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana, Tanggungjawab Bersama
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more