Adab Dalam Majlis Ilmu : Pena Hijau

Adab Dalam Majlis Ilmu

20250814 ummah solat berjemaah
Kukuhkan Kesatuan Ummah
9 Oct 2025
20241121 sedekah jariah wakaf infak
Amalan Wakaf Fi Sabilillah
23 Oct 2025
20250814 ummah solat berjemaah
Kukuhkan Kesatuan Ummah
9 Oct 2025
20241121 sedekah jariah wakaf infak
Amalan Wakaf Fi Sabilillah
23 Oct 2025
20251017 adab majlis ilmu uia medan ilmu
icon follow us

Allah Taala mencipta manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Antara sebab kemuliaan insan, ialah kerana ilmu. Sejak awal penciptaan Nabi Adam Alaihissalam, Allah Taala mengajar baginda ilmu pengetahuan dan nama objek, hingga akhirnya para malaikat diarahkan untuk sujud tanda hormat. Inilah kehebatan ilmu, majlisnya dihormati, orang yang mencari, menuntut dan menyebarkannya pula dirahmati.

Firman Allah Taala dalam surah al-Mujadalah ayat 11 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا۟ فِى ٱلْمَجَـٰلِسِ فَٱفْسَحُوا۟ يَفْسَحِ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَـٰتٍۢ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌۭ ١١

“Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan”

Namun demikian, ilmu juga boleh menjerumuskan manusia ke arah kebinasaan sekiranya digunakan untuk mengancam kesejahteraan dan merosakkan alam. Dengan sebab itu, ulama bersepakat bahawa amat penting sebelum seseorang itu belajar, agar memiliki adab dan pekerti yang mulia terlebih dahulu. Abdullah bin Mubarak pernah berpesan : “Adalah mereka mempelajari adab terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu“.

Dalam hadis yang masyhur, baginda didatangi oleh Saidina Jibril Alaihissalam yang menyerupai manusia dengan berpakaian serba putih dan bersih untuk mengajar erti iman, Islam dan ihsan. Saidina Jibril Alaihissalam duduk mendekati Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai gambaran kepentingan pembelajaran bersemuka secara talaqqi dan akrabnya hubungan antara guru dan murid. Dialog antara Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan Saidina Jibril Alaihissalam adalah gambaran kepada kepentingan beradab dengan guru, dengan kata-kata yang santun, serta merendah diri kepada orang yang lebih mengetahui.

Demikianlah kita diajar untuk beradab dalam majlis ilmu, sama ada dalam masjid, surau, kelas, dewan kuliah dan lain-lain. Dalam sistem pengajian pondok, murid perlu mempelajari adab terlebih dahulu seperti kitab Ta’lim al-Muta’allim karangan Syeikh Az-Zarnuji yang  menekankan keikhlasan niat belajar hanya kerana Allah Taala, mencari kebahagiaan di akhirat, menghilangkan kejahilan, menghidupkan agama dan melestarikan Islam dengan ilmu.

Selain itu, bagi guru yang ingin mengajar, perlulah memastikan penyampaiannya adalah berdasarkan kepada ilmu yang diketahui. Guru perlu membuat persiapan rapi sebelum mengajar, seperti membaca kitab ulama muktabar, bukan bercakap secara terawang-awangan tanpa rujukan dan sandaran. Adab dalam penyampaian ilmu perlu dijaga tanpa menafikan keperluan mempunyai kelucuan, semangat, bertenaga ketika penyampaian dalam ruang lingkup yang dibenarkan hukum syarak bagi menarik perhatian masyarakat yang mendengar. Janganlah pula menjadikan majlis ilmu sebagai medan untuk menyebarkan kebencian, kepalsuan dan meraih kemasyhuran. Ibnu Umar Radiallahu Anhu berkata : “Tidaklah aku keluar dari masjid melainkan setelah mendengar ceramah penglipur-lara. Kalau mereka tiada, nescaya aku tidak akan keluar dari masjid

Dalam Sunan Tirmizi, al-‘Irbad bin Sariyah berkata mafhumnya :

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengajar kami dengan pengajaran yang jelas, menyebabkan air mata kami berlinangan, dan hati rasa gementar”

Zaman sekarang, ada manusia yang tidak berilmu, tetapi berani menampilkan diri sebagai seorang ustaz dan ulama di mimbar bahkan di media sosial khasnya di TikTok dan Facebook lalu menyampaikan ilmu yang salah. Demi mendapat like dan share yang banyak, sanggup berdusta atas nama agama. Ada juga yang berbohong kononnya pernah berguru dengan syeikh atau pondok atau universiti tertentu. Umat
Islam perlu berhati-hati daripada terpengaruh dengan pendusta sebegini. Sebaliknya, carilah guru yang mursyid, seperti guru yang bertauliah dan pernah mendalami ilmu agama mengikut manhaj Ahlissunnah wal Jama’ah.

Sebagai kesimpulan, marilah kita bersama-sama:

  1. Menyemarakkan majlis ilmu dan menjaga adab di dalamnya sama ada guru mahupun murid atau pendengar.
  2. Masjid dan surau perlu menyusun majlis ilmu yang menyeluruh membabitkan asas agama, seperti pengajian al-Quran, Hadis, Sirah, Fikah, Akidah dan Akhlak.
  3. Bergurulah di mana-mana institusi pendidikan atau program yang diiktiraf untuk mendapat ilmu agama yang lebih mendalam, sebaik-baiknya secara talaqqi atau bersemuka.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Adab Dalam Majlis Ilmu
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more