
Financial Markets Ombudsman Service (FMOS): Penyelesaian Pertikaian Kewangan di Malaysia
1 Oct 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca setia!
Abey nak kongsi satu info yang penting untuk semua penjawat awam — iaitu tarikh bayaran gaji bulanan bagi tahun 2026. Mengetahui tarikh ini lebih awal beri kita ruang untuk merancang kewangan dengan lebih tersusun. Dokumen rasmi khusus untuk 2026 boleh dirujuk di Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
📌 Kenapa Tarikh Bayaran Gaji Penting?
- Membantu merancang belanja bulanan – bil, ansuran, keperluan lain.
- Elak terlambat bayar pinjaman atau auto-debit.
- Bagi yang mempunyai komitmen musim perayaan atau cuti, jadual awal sangat membantu.
🗓️ Jadual Tarikh Bayaran Gaji Tahun 2026
| Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
|---|---|---|---|
| Januari | 22.01.2026 | Khamis | |
| Februari | 12.02.2026 | Khamis | Tahun Baru Cina (17-18 Feb) |
| Mac | 16.03.2026 | Isnin | Hari Raya Idil Fitri (21-22 Mac) |
| April | 20.04.2026 | Isnin | |
| Mei | 21.05.2026 | Khamis | Hari Raya Idil Adha (27-28 Mei) |
| Jun | 25.06.2026 | Khamis | |
| Julai | 23.07.2026 | Khamis | |
| Ogos | 24.08.2026 | Isnin | |
| September | 24.09.2026 | Khamis | |
| Oktober | 22.10.2026 | Khamis | |
| November | 25.11.2026 | Rabu | Hari Deepavali (8 Nov) |
| Disember | 21.12.2026 | Isnin | Hari Krismas (25 Dis) |
Rujukan rasmi Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 5 Tahun 2025 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026
✅ Tip Ringkas Untuk Persediaan Tahun 2026
- Semak tarikh bayaran.
- Sediakan bajet bulanan awal berdasarkan tarikh bayaran.
- Pastikan bil auto-debit diselaraskan dengan tarikh gaji masuk.
- Simpan sedikit “tabung kecemasan” jika tarikh diubah suai.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan doa, sokongan dan ingatan kepada Abey 🙏. Semoga perkongsian ringkas ini membantu anda lebih bersedia dalam pengurusan kewangan tahun 2026!
👉 Kalau anda bekerja dalam sektor awam, pernah tak anda alami tarikh gaji yang diubah suai atau terkejut bila tarikh berubah? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa tekan Like, Share dan “Subscribe” blog Abey supaya info sebegini sampai kepada lebih ramai penjawat awam.





