
Hukum Bercakap Ketika Khutbah Jumaat: Nasihat Untuk Ibu Bapa & Anak-Anak
17 Apr 2026
44 Tahun Bersama – Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ayah & Mak ❤️
12 May 2026
Alhamdulillah, pagi tadi Abey diberikan satu amanah yang cukup bermakna apabila diberi tanggungjawab sebagai pembaca doa sempena Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi selaku Ketua Audit Negara.
Yang lebih menarik, kebetulan hari ini juga bersamaan 23 Zulkaedah, iaitu tarikh ulang tahun kelahiran Abey yang ke-…. …. mengikut kalendar Islam. Satu tarikh yang cukup bermakna dan sukar untuk dilupakan. Dalam kesibukan kerja dan tanggungjawab harian, Allah Subhanahu Wa Ta’ala masih memberikan peluang untuk bernafas, berkhidmat dan melakukan kebaikan.
Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan.
Amanah Membaca Doa Dalam Majlis Rasmi
Bagi sesetengah orang, membaca doa mungkin nampak mudah. Tetapi bila melibatkan majlis rasmi kerajaan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan tetamu kehormat, perasaan gemuruh tu memang ada juga.
Namun Abey pegang satu perkara — doa bukan soal sedap suara atau hebat bacaannya. Yang penting ialah keikhlasan hati dan penghayatan terhadap setiap bait doa yang dibacakan.
Sedikit Pedoman Untuk Pembaca Doa
Di sini Abey sertakan teks doa tersebut dalam blog sebagai rujukan dan pedoman kepada mereka yang mungkin diberikan amanah membaca doa dalam majlis rasmi selepas ini.
Antara perkara penting bila membaca doa:
- Fahami maksud doa
- Baca dengan tenang
- Jangan terlalu laju
- Sebut dengan jelas
- Ikhlas dalam penyampaian
Bukan perlu jadi imam besar baru boleh baca doa. Yang penting ialah adab dan penghayatan.


Penutup
Setiap amanah yang diberikan, walaupun nampak kecil, sebenarnya adalah satu penghormatan dan tanggungjawab yang besar. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerima segala usaha kita sebagai ibadah dan memberikan keberkatan dalam kehidupan, pekerjaan serta urusan harian.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sentiasa mendoakan Abey. Semoga segala doa yang baik kembali juga kepada kalian.
Kalau anda pernah ada pengalaman membaca doa dalam majlis rasmi atau ada tips tertentu, bolehlah kongsikan di ruangan komen.
Jangan lupa:
👍 Like
📢 Share artikel ini
💬 Tinggalkan komen anda di bawah





